Masa depan Hafizh Syahrin dalam sukan MotoGP semakin cerah apabila pihak Tech3 akan menyambung kontrak Hafizh untuk setahun lagi dan akan tamat pada tahun 2019.

Tech3 nyata berpuas hati dengan pencapaian Hafizh Syahrin setakat ini lebih-lebih lagi apabila beliau berjaya mendapat tempat ke-12 di perlumpaan di Mugello, Itali hujung minggu lalu.

https://www.facebook.com/notes/monster-yamaha-tech3/tech3-proudly-announces-contract-extension-with-hafizh-syahrin-for-one-more-year/1961443180547253/

“Pada mulanya susah hendak percaya tetapi saya perlu berterima kasih kepada HervĂ© Poncharal (team manager Tech3) kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk terus bersama keluarga Tech3 ini. Tidak dilupakan, Terima kasih kepada pengurus saya, Dato Razlan yang selaman ini banyak membantu untuk saya capai impian ini. Saya akan bekerja keras untuk 2019 nanti,” kata Hafizh.

Walaupun baru sahaja beberapa perlumbaan, Hafizh sudah membuktikan beliau adalah rookie terbaik untuk musim ini. Terus maju diucapkan dari kami!