Penyerang tersohor Thailand, Teerasil Dangda, secara rasmi akan menyarung jersi pasukan J1 League, Sanfrecce Hiroshima musim hadapan.

Teerasil Dangda sebelum ini beraksi untuk Muangthong United, mengikat kontrak secara pinjaman selama 1 musim dengan kelan yang berpangkalan di Hiroshima itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang dikenali juga dengan nama ‘Mui’ akan muncul sebagai pemain ketiga beraksi dalam saingan J.League selepas Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Jakkit Wachpirom (FC Tokyo U23) melakukan debut pada musim 2017.

Karier Teerasil Dangda Peringkat Kelab

1406142489_extras_albumes_0_980

2006 Rajpracha FC 18 penampilan 9 gol
2007 Muangthong United 15 penampilan 7 gol
2007-2008 Manchester City 0 penampilan 0 gol
2008 Grasshopper Zurich 6 penampilan 2 gol
2008 Rajpracha FC 10 penampilan 6 gol
2009-2017 Muangthong United 257 penampilan 111 gol
2014-2015 Almeria 6 penampilan 1 gol

Karier Teerasil Dangda Peringkat Kebangsaan

kapten-timnas-thailand-teerasil-dangda_20161209_203407

2002-2004 Thailand U17
2005-2006 Thailand U19
2006-2010 Thailand U23

Bagi pasukan senior Thailand, Teerasil telah membuat 91 penampilan dan menjaringkan 42 gol.

Menurut laman web rasmi Sanfrecce Hiroshima, kontrak Teerasil Dangda bersama mereka akan bermula dari 1 Februari 2018 hingga 31 Disember 2018.

Komen Teerasil Dangda Berkenaan Penghijrahan

“Saya secara peribadi sangat gembira menyertai Sanfrecce Hiroshima. Ini merupkan kali pertama saya ke J.League dan saya cukup teruja untuk beraksi.”

2017-12-19_21-43-59

J.League memang mendapat tumpuan peminat bola sepak Thailand dan mereka juga diantara liga yang mempunyai kualiti yang tinggi terutamanya dari segi kemahiran teknikal pemain-pemain mereka.

Itu adalah persepsi saya terhadap mereka dan akan berusaha untuk bersaing dan berada setaraf dengan pemain-pemain Jepun. Misi saya adalah untuk menaikkan tahap permainan Thailand secara keseluruhannya.

“Saya tidak bersedia untuk memberitahu sasaran spesifik, tetapi akan berusaha membantukan pasukan sepenuh tenaga.”

“Prestasi menakjubkan oleh rakan saya Chanathip bersama Hokkaido Consadole Sapporo akan menjadi inspirasi saya dan saya gembira untuk beliau. Saya akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang baik nanti.”