Juara 3 kali J1 League, Sanfrecce Hiroshima dilaporkan telah menghantar tawaran rasmi untuk mendapatkan penyerang utama Muangthong United, Teerasil Dangda.

Berita itu disahkan oleh pengarah kelab Muangthong United, Ronnarit Suewaja petang semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sekarang Teerasil sudah pun dimaklumkan tentang tawaran rasmi dari pihak Sanfrecce Hiroshima dan dia berpuas hati dengan tawaran tersebut.”

teerasil dangda sanfrecce hiroshima
Teerasil Dangda ketika menyaksikan perlawanan La Liga Atletico Madrid bertemu Real Sociedad baru-baru ini.

“Teerasil akan pulang ke Thailand minggu hadapan selepas menghabiskan cuti bersama keluarganya di Sepanyol dan akan meneliti tawaran yang telah dibuat oleh Sanfrecce Hiroshima itu.”

Jika semuanya berjalan lancar, dan Teerasil menerima tawaran tersebut, beliau akan menjadi pemain ke 3 dari Thailand yang akan beraksi dalam saingan J.League selepas Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo) dan Jakkit Wachpirom (FC Tokyo U23).

J League Iktiraf Pemain Dari “J.League Partner Nations”

J League pada penghujung tahun 2016 telah mengesahkan perubahan kuota pemain import mereka mulai musim 2017.

25158150_1819597788331847_3074517906141835049_n

Perubahan ini dilihat sebagai langkah pihak J League untuk meluaskan lagi promosi liga mereka kepada orang-orang luar terutamanya kepada negara-negara yang diiktiraf sebagai “J.League Partner Nations”.

Negara Mana Memiliki Status J.League Partner Nations?

J.League Partner Nations ini merupakan negara-negara yang telah menjalinkan kerjasama dari pelbagai segi dalam arena bola sepak bersama J League.

chanathip songkrasin consadole sapporo

Negara-negara yang terlibat akan menerima tunjuk ajar, latihan, pendedahan dan sebagainya dari pihak J League secara terus dalam usaha membangunkan bola sepak secara bersama.

Sehingga sekarang 9 buah negara telah menjadi J League Partner Nations iaitu Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Singapura, Indonesia, Iran, Malaysia dan Qatar.

Kuota Pemain Import

Menurut Pegawai Perhubungan Antarabangsa J League, Koyama Kei, berdasarkan kepada perubahan terbaru ini, kelab-kelab J League dibenarkan menandatangani 5 orang pemain import dari mana-mana negara dan tiada had untuk menandatangani pemain dari negara-negara berstatus J.League Partner Nations.

Untuk setiap perlawanan, hanya 4 pemain import termasuk 1 pemain dari Asia.

Manakala bagi pemain berstatus J.League Partner Nations, mereka diiktiraf sebagai ‘pemain tempatan’ dan boleh diturunkan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada kuota pemain import yang boleh diturunkan seperti diatas.