Tular pada minggu lalu apabila sebuah klip tersebar di media sosial menyaksikan seorang pelajar berusia 13 tahun menjadi punching bag kepada sekumpulan pelajar di sebuah Maktab Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Kes tersebut dilaporkan telah mendapat perhatian pihak polis serta keluarga mangsa. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, teguran itu dibuat oleh mangsa berusia 13 tahun terhadap salah seorang suspek menyebabkan pelajar berkenaan tidak berpuas hati dan marah.

Difahamkan punca yang membuatkan pelajar tersebut dibuli disebabkan pelajar berkenaan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah di telefon bimbit. Mangsa juga difahamkan telah mengatakan akan mengadu kepada guru atau warden sekiranya suspek tersebut tidak menonton video lucah.

Menurut Mior Faridalathrash, pergaduhan itu pada awalnya hanya melibatkan mangsa dan seorang suspek, namun seorang pelajar Tingkatan Tiga telah bertindak menyuruh rakan-rakan lain menyerang mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid. Sumber: Harian Metro

“Pelajar berusia 15 tahun ini juga antara salah seorang yang ditangkap dan dia dikatakan telah mengarahkan enam pelajar lagi untuk memukul dan menendang mangsa,” katanya.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah menetapkan untuk menamatkan pengajian 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli berkuat kuasa hari ini.

Diharap isu yang berlaku sekaligus dapat memberi pengajaran kepada para pelajar lain agar tidak menjadikan buli sebagai sebuah budaya sekaligus mengelakkan daripada para pelajar lain menjadi mangsa buli.

Ketahui isu tersebut dengan lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Jadikan Perut Mangsa ‘Punching Bag’, Video Buli Pelajar Di Salah Sebuah Maktab Tular

Rakaman Lelaki Tiba-Tiba Terjun Dalam Tasik Cermin Ini Undang Persoalan Orang Ramai

Sumber