Baru-baru ini, semakin ramai pula yang berani membuka mulut menyuarakan pendapat mereka mengenai generasi Y.

Daripada golongan pensyarah kepada golongan profesional di sektor koperat mahupun awam, masing-masing rancak meluahkan rasa hati yang terbuku sekian lama.

Gen Y dikatakan manja, malas, tidak mahu berdikari, tak suka susah dan macam-macam lagi yang terkeluar. Kami faham dan kami akui, cakap-cakap mereka ada asasnya. Mereka pernah berhadapan pengalaman berurusan dengan Gen Y dan kebanyakannya, tak semua berakhir dengan kesudahan yang memberangsangkan.

Terbaru, seorang lagi pensyarah telah menulis status Facebook berkenaan pendapatnya terhadap golongan Gen Y ini. Kami kira, wajar untuk kita semua baca terutamanya bagi belia supaya pengajarannya dapat difahami dengan baik. Semoga perkongsian ini turut menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah yang lebih baik.

Ikuti penulisan pensyarah berikut. Baca sampai habis ya :)

———————————————————–

i
Selepas tiga hari bermusafir; saya masuk opis pagi ini dengan mood yang rawan. Charger laptop saya tertinggal di hotel KL. Ini kebodohan kedua teragung saya dalam sehari dua ini; selain tertinggal kapal terbang dengan cuma sisihan masa dua minit.

Kalaulah saya ada kepala spare dalam peti ais di rumah; sudah kuhempuk-hempuk kepala ini ke tembok konkrit paling keras yang wujud di KK. Biar pecah berderai, bersama keterlupaan yang yang bertingkat-tingkat.

Mood yang sudah rawan bertambah kelabu dan suram. Bila membaca email pelajar yang masuk berduyun-duyun sejak beberapa hari dulu.

ii
Gen Y ini lahir dalam era internet. Tapi mereka ini yang paling tidak tahu tertib dan adab berkomunikasi secara maya. Hantar email pun tiada subjek. Kalau ikut hati, mau saja saya delete terus. Mana kita tahu yang mana spammer, yang mana bukan, kan?

Lepas itu, ramai sangat yang guna bahasa kontot. Perkataan disingkatkan sesuka hati sendiri secara gampang. Sampai mencetuskan tekanan emosi. Paling tidak tahan, nama email yang ntah apa-apa. Mereka ingat saya ini siapa? Bapa ayam? Rakan pena banduan yang kesepian di penjara?

Identiti email sangat flamboyan dan extravaganza. Ada yang pakai ‘superbig’, ‘hotchick’, ‘princessheart’, ‘lelaki_kacak’, etc. Kita pun teruja dalam hati: bebudak ini mesti glamour sakan. Tapi bila tengok secara live dalam kelas, rupa sebijik macam mengkarung tak cukup warna. Atau penyu belimbing terlebih makan. Padahal id email bukan main hot tak ingat dunia.

iii
Seriously: why you unnecessarily raise the expectation with your over-the-top email identities – if you can’t even live up 5% of your own created hype? Don’t get me wrong. I don’t like to judge people. Tapi kalau sudah terlebih miang membuka peluang untuk di-judge, wajarkah saya tolak pelawaan yang melambai-lambai itu?

Saya pun pernah muda dan remaja. And yes, I used to have emails with that nature. Nama-nama yang sangat lanji dan minta puji. Tapi common sense semulajadi mengajar saya untuk meletakkan sempadan pada tempat yang betul.

I ONLY used such emails within the circle of my casual friends; purely to chit-chat and gossiping around. Saya TIDAK PERNAH guna email yang begitu untuk konteks rasmi. Definitely not when communicating with my lecturers.

iv
Dear students, please remember that your business with me is strictly professional and official. Saya ini bukan kekasih gelap kamu; atau kawan sepersundalan yang ditemui secara rambang di internet. So please watch out your ADAB and TERTIB.

Sila set email kamu dengan nama dan identiti yang menunjukkan bahawa kamu berminat menuntut ilmu dari saya; bukan seperti kamu terhegeh-hegeh mahu menjual diri. Sebagai pendidik, saya bertanggungjawab untuk mengingatkan hal-hal insani begini.

Ini bukan isu trivial atau remeh-temeh. Ini mungkin boleh menentukan masa depan kamu sendiri. Bayangkan kalau tabiat buruk ini dibawa sampai ke dunia pasca universiti. Memohon kerja pun guna email yang bukan-bukan begitu. What the potential employers would think of you?

v
I honestly hate to highlight this issue. Sebab ini sepatutnya common sense paling asas. Tidak perlu diajar lagi. Tidak payah dibebelkan pun. Tapi bila sindorm ini terus-terusan merajalela tanpa kesudahan: I have no other option. But to put things straight, and back to the perspective.

Kadang-kadang saya terfikir: Gen Y itu sebenarnya apa? Sampai manusia yang tergolong dalam era generasi ini penuh dengan misteri yang menyihir. Serta memporak-peronda dunia.

Y is actually for what? Yangang? Yebal? Yengap?

Kredit: Rem Dambul

Like The Vocket di Facebook.