Beberapa hari ini Kelantan menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila terdapat laporan yang menunjukkan berlakunya cubaan untuk pulang beraya walaupun perkara itu sudah dilarang oleh pihak berkuasa. Dan hasilnya, beribu kenderaan yang menuju ke Kelantan diarahkan untuk berpatah balik.

Tidak cukup dengan itu, tular pula sebuah gambar kesesakan lalu lintas yang terjadi di Kota Bahru, Kelantan. Bandar yang menampung lebih 300,000 penduduk itu sesak teruk hujung minggu lalu dan ia memberi gambaran seolah-olah rakyat Kelantan lebih mementingkan sambutan raya daripada menjaga diri dengan wabak COVID-19 yang melanda negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DCIM100MEDIADJI_0320.JPG
 ©MuhammadSyafikri
DCIM100MEDIADJI_0339.JPG
 ©MuhammadSyafikri

Harian Metro melaporkan bahawa laluan sepanjang Wakaf Bharu menuju ke Jambatan Sultan Yahya Petra, mengalami kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang kira-kira lima kilometer (km) berikutan laluan bertingkat ditutup bagi meminimumkan pergerakan kenderaan masuk ke daerah Kota Bharu berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Tidak habis di situ, timbul pula isu baharu apabila gambar air sungai yang diambil oleh seorang penduduk Kota Bahru, Muhammad Syafikri telah tular di media sosial. Kebanyakan netizen mempersoalkan kualiti air sungai pada gambar yang diambil oleh Syafikri kerana ia seakan-akan teh ais gelas besar – keruh dan nampak kotor.

DCIM100MEDIADJI_0328.JPG
 ©MuhammadSyafikri
DCIM100MEDIADJI_0325.JPG
 ©MuhammadSyafikri

Gambar yang tular itu mula dimuat naik oleh Syafikri di Facebook peribadinya semalam. Sejak itu, ia telah mendapat lebih 1000 perkongsian dan 100 lebih komen yang bertandang. Gambar itu juga telah dimuat naik di Twitter oleh Xavier Naxa dan mendapat lebih 2000 ciapan balas dan 3,700 tanda suka.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan masalah air di sana, ia bukanlah satu isu yang baharu. Namun melihat kepada gambar yang dikongsi oleh Syafikri, kata netizen, ia amat menyedihkan kerana ia memberi gambaran luas mengenai isu air yang sudah lama bertapak di Kelantan dan seolah-olah tiada usaha daripada pihak bertanggungjawab untuk membaik pulih situasi terbabit.

 

Bagi sesetengah netizen muslim yang berpuasa, air sungai terbabit pula dikatakan pekat seperti warna teh o ais yang terdapat di mamak atau bazaar ramadhan. Dengan warna coklat atau kuning pekat, ia mengundang dahaga bagi mereka yang berpuasa.

Namun ada pula sesetengah netizen yang melihat gambar terbabit memberi komen mengenai kejadian kesesakan jalan raya yang berlaku di sana. Difahamkan bahawa kesesakan di jambatan terbabit memang sudah biasa berlaku, namun ini dikira paling teruk disebabkan penutupan lorong oleh pihak berkuasa bagi membendung aktiviti rentas negeri atau daerah berikutan peningkatan kes wabak COVID-19.

Pengotor atau sebaliknya? Koleksi foto kawasan miskin bandar di Pulau Pinang buka mata rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Suasana Ngeri Di India, Koleksi Foto Pembakaran Mayat Mangsa COVID-19 Secara Besar-Besaran

Lihat Hasil Kerja Jurufoto Tempatan Yang Pernah Bekerja Untuk Media Antarabangsa