Memasukkan kereta ke tempat parking yang disediakan kadang kalanya boleh menjadi sedikit rumit terutamanya jika yang memerlukan ia dimasukkan dengan cara mengundur.

Walaupun tidak semua orang mempunyai masalah untuk melakukannya namun ada ketikanya kita akan berhenti sejenak dan terfikir bagaimana sesebuah kereta itu diletakkan terutamanya yang kelihatan agak sukar seperti di kawasan yang ruangnya agak terhad dan sempit.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Buat anda yang sering tertanya-tanya dan gemar memikirkan bagaimana sesebuah kereta dimasukkan ke tempat parking yang disediakan walaupun kelihatan mustahil untuk dilakukan mungkin teka-teka seperti yang dikongsikan pelakon Fizo Omar ini akan menarik perhatian anda.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di akaun Instagramnya sebelum ini, Fizo bertanyakan kepada pengikutnya bagaimana barisan kereta yang diletakkan di hadapan sebuah bangunan itu dimasukkan dan dikeluarkan.

Ia berikutan susunan kereta tersebut yang diletakkan sangat rapat antara satu sama lain dan kelihatan mustahil untuk seseorang itu keluar daripada kereta selepas meletakkan kereta mereka.

Perkongsian sebelum ini berjaya menarik perhatian netizen dengan ramai yang cuba memberikan jawapan dan teori masing-masing mengenai bagaimana kereta tersebut dimasukkan.

Begini caranya

Buat anda yang masih tertanya bagaimana kereta ini dimasukkan dan dikeluarkan, mungkin jawapan daripada Fizo Omar melalui hantaran berasingan di Instagram miliknya ini boleh memberikan jawapan yang dicari-cari.

Dalam video tersebut, Fizo merakam bagaimana petugas tempat letak kereta di kawasan tersebut mengeluarkan kereta yang telah diletakkan dan dapat kedengaran jelas beliau memberitahu bahawa perkara itu diuruskan oleh valet parking.

View this post on Instagram

Ok ni jawapan dia!!!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Bagaimanapun, video pendek ini hanya menunjukkan cara kereta tersebut dikeluarkan dan tidak menunjukkan bagaimana ia dimasukkan sekaligus tidak dapat dipastikan sama ada meggunakan cara yang sama atau berbeza.

Jadi kepada anda yang biasa menggunakan tempat letak kereta yang sama seperti ini atau pernah mengalami situasi hampir serupa sebelum ini apa pandangan anda? Adakah ia dimasukkan secara mengundur atau juga ditolak sama seperti mana ia dikeluarkan dalam video di atas?

Lihat juga bagaimana tindakan kereta ini menukar arah untuk keluar dari lebuh raya mengakibatkan kemalangan berganda dalam video yang tular di pautan di bawah. 

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Mengapa Satu Botol Soda Pun Tidak Hilang Ketika Kemalangan Ini Berlaku Di China

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Anda Mungkin Suka