Apabila mengantuk ketika memandu, pasti ada daripada anda yang mahukan kopi untuk menyegarkan anda. Pasti anda ada perasan mesin kopi Costa di Shell terdekat anda, bukan?

Adakah anda pernah mencuba ia? Bagi anda yang hanya memandang mesin kopi tersebut dan tidak tahu cara menggunakannya, pengguna Twitter @NaufalAntezem telah kongsikan caranya. Ayuh ikuti perkongsiannya!

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

1. Apabila nampak mesin ini, pergi pada bahagian mesin sebelah kiri itu. Yang monitor skrin lebih besar dan tulis ‘Costa Choose Your Drink’. Sentuh ‘start’ pada skrin, bahagian bawah ‘Choose Your Drink’ itu. Machine sebelah kanan itu untuk dispense air batu kalau pilih cold drink.

Dh6JB5XVMAIBQcT

2. Bila sentuh ‘start’, nanti akan keluar banyak cadangan minuman macam ini. Ada kategori Espresso & Short Drink, Coffee & Latte, Mocha & Choc, Iced Drinks dan juga cadangan minuman popular machine ini. Boleh sentuh satu-satu kategori untuk tengok air apa yang ada. Jangan takut explore.

3. Kemudian, pilih saiz  dan tekan ‘next’ pada bahagian bawah skrin lalu skrin akan ke skrin seterusnya.

Dh6Jl4jVQAA23Vs

Dh6Luu_VQAEVej6

4. Lepas sudah pilih saiz air, nanti pada skrin akan minta kita letakkan cawan yang sesuai pada tray machine. Ambil cawan saiz yang anda pilih dan letakkan rapat pada bahagian belakang mesin serta pastikan tidak senget.

5. Kalau anda pilih Iced Drinks, bolehlah ambil satu cawan kat mesin sebelah mesin kopi itu, kemudian tolak untuk ais pada bahagian bawah tengah mesin itu sehingga ais berhenti. Straw dan syrup semua ada di situ juga.

Dh6LwHpV4AA_50d

Dh6MuGoU8AEiyht

6. Sama juga macam air panas tadi, lepas cawan sudah penuh ais, bawa cawan tadi ke mesin buat air tadi. Letak rapat ke mesin dan biar mesin proses semuanya. Kalau rasa kurang manis, boleh tambah syrup kat mesinais tadi. Tong sampah pada bawah mesin ais.

7. Sewaktu tunggu air itu penuh dalam cawan, jangan lupa ambil resit. Resit akan keluar bahagian kanan, atas mesin. Ambil resit tu dan nanti bila sudah siap semua, bawa ke kaunter untuk bayar. Jangan hilang atau buang pula.

Dh6MNAkVAAIlKkm

Dh6MOMVVMAspxP6

Malangnya, bukan semua stesen minyak Shell ada Costa Coffee ini. Cara mudah nak tahu, tengok ada tak cawan kopi besar kat luar stesen Shell itu. Kalau ada, maksudnya ada. Tapi kalau tiada, cuba masuk dalam sikit tengok papan tanda pada kedai serbaneka Shell. Kalau ada, dipersilakan masuk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan buat anda yang belum pernah mencuba bolehlah ke stesen minyak Shell terdekat anda.

Sementara itu, kami ingin kongsikan apa yang anda boleh cuba di kafe IKEA pada pautan di bawah ini.

Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda

Anda Mungkin Suka