Sejak tertubuhnya badan korporat, kesihatan mental telah dianak tirikan oleh majikan. Orang yang telah disahkan mengidap kemurungan dan anxiety tidak cenderung untuk membuka cerita mereka kepada majikan atau rakan sekerja.

Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 80% pesakit malu untuk meminta bantuan disebabkan stigma masyarakat atau majikan yang memandang serong kepada golongan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Uncle Sam telah membelanjakan $210 bilion setahun untuk menangani isu kesihatan mental yang kian parah dan mungkin menjadi punca kematian utama.

Di Malaysia pula, menurut Kajian Penyelidik Sistem Kesihatan oleh Harvard dan Kementerian Kesihatan pada tahun 2015, Malaysia membelanjakan 1.3 peratus untuk kesihatan mental daripada bajet yang telah diletakkan kerajaan untuk kesihatan  – ia satu angka yang rendah berbanding dengan purata negara luar yang berbelanja 2.8 peratus.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) berkata menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, 29% rakyat Malaysia mengalami kemurungan dan gangguan mental berbanding 12% pada tahun 2011.

MentalHealth_Flickr

Kebanyakkan pekerja sukar untuk menangani masalah yang mereka hadapi di tempat kerja dan gagal untuk mengatasi masalah tersebut.

Kajian turut menunjukkan bahawa stigma masyarakat adalah pembunuh nombor satu yang menunjukkan mengapa masyarakat kita gagal untuk bersikap jujur jika mereka mengalami kemurungan.

Sumber di tempat kerja juga dilihat terhad apabila ada beberapa syarikat yang gagal untuk menyediakan kemudahan untuk pekerja mereka mendapatkan bantuan – pakar psikologi, kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi.

Syarikat besar khusunya perlu keluar dengan satu startegi baharu bahawa kesihatan mental adalah penyakit yang sedang menyebulungi milinial zaman sekarang.

Dan isu ini tidak boleh dipandang remeh dan bersikap acuh tidak acuh.

Bagaimana Aaron Harvey menangani isu ini?

Anda mungkin kenal Aaron Harvey dan mungkin juga dikalangan pembaca yang pertama kali mendengar namanya.

Aaron Harvey adalah pengasas Ready Set Rocket, sebuah firma pengiklanan yang telah bekerjasama dengan beberapa jenama dan bintang besar dunia – Michael Kors, Rihanna, Sweetgreen dan ramai lagi.

Beliau tahu bagaimana untuk menjual sesuatu produk dengan idea-idea gila untuk diiklankan. Dia juga tahu bagaimana budaya kerja di syarikatnya apabila kebanyakkannya akan berlegar kepada masalah kesihatan mental – tekanan, mengejar tarikh akhir, client yang banyak kerenah.

791837311_1280x720
Ready Set Rocket

Sebagai pemilik perniagaan, Harvey tahu tentang isu ini. Disebabkan itu dia telah membuka satu budaya baharu di mana para pekerjanya boleh bekerja mengikut masa yang sesuai atau lebih fleksibiliti.

Beliau juga mengambil pendekatan untuk pekerjanya lebih bersikap terbuka dan bukannya memendam. Harvey juga telah mengasas Made of Millions – satu laman di mana semua orang boleh berkongsi rasa marah, sedih, kecewa, gembira atau apa sahaja.

Mereka juga telah menerbitkan panduan untuk menangani isu masalah mental di kalangan pekerjanya.

Semua ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para pekerja berkongsi apa yang mereka rasakan pada hari ini atau semalam atau minggu-minggu sebelum ini.

Apakah langkah yang boleh dilakukan oleh majikan?

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti oleh majikan untuk menangani masalah kesihatan mental.

Antaranya adalah mewujudkan satu cabang perlindungan insuran yang menekankan kepada masalah mental dengan mewajibkan para pekerja untuk mengambil perlindungan ini.

Beliau juga menyatakan bahawa perlu wujud satu kempen kesedaran di semua peringkat bagi melawan stigma dan budaya masyarakat yang masih tidak bersikap terbuka apabila membincangkan isu masalah kesihatan mental.

lee-lam-thye
Social Academic

Kempen kesihatan mental juga perlu dipupuk lebih awal bagi memberi peluang kepada para pekerja memahami apa yang boleh mereka lakukan.

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang membabitkan psikologi dan kaunselor memandangkan penyakit ini bakal menjadi pembunuh utama di masa hadapan.

Selain daripada itu, para majikan perlu mengesan lebih awal jika wujud pekerja yang tertekan dengan beban kerja kerana kesihatan mental memerlukan perhatian segera.

Kurangnya pengetahuan masalah mental boleh mengakibatkan pekerja bekerja di dalam keadaan tidak produktif dan akan memberi mereka lebih tekanan jika dimarahi oleh majikan kerana tidak mencapai apa yang mereka inginkan.