Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam empat bulan pertama tahun 2021, Malaysia telah mencatatkan 902 kes keganasan rumah tangga. Kebanyakan kes ini bermula daripada tekanan  yang berpunca daripada masalah ekonomi dan kehidupan di musim wabak.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, dari Januari hingga Disembar tahun lalu (2020), PDRM telah membuka sejumlah 5,260 kertas siasatan sementara Talian Kasih menerima 2,540 panggilan, semuanya melibatkan keganasan rumah tangga.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kepada media bahawa kebanyakan keluarga bertindak sedemikian kerana terjejas dengan masalah ekonomi dan tekanan di musim wabak COVID-19.

Rina Harun menambah bahawa berdasarkan statistik kes terbabit, beberapa badan berwajib seperti KPKWKM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bekerjasama untuk menjadikan masjid sebagai pusat transit keganasan rumah tangga.

Dia mengatakan dua masjid dipilih untuk menjadi sebahagian daripada program perintis, iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al Ghufran, di mana mangsa keganasan rumah tangga, tanpa mengira bangsa dan agama, dapat berlindung di sana.

Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak masjid adalah kemudahan bilik asrama, keperluan peribadi serta makanan dan minuman semasa mereka tinggal di sana.

“Dalam merawat mangsa-mangsa keganasan rumah tangga di pusat transit ini, setiap mangsa akan diberikan alat persalinan yang berisi pakaian dan seluar, selimut, tuala mandi, peralatan mandian dan keperluan wanita,” katanya.

Difahamkan bahawa mangsa akan bermalam di sana selama tiga hari sambil menunggu perintah mahkamah dikeluarkan, setelah itu mereka akan berpindah ke rumah perlindungan yang telah diwartakan oleh kerajaan.

Hari sedih untuk Johnny Depp, tewas kes fitnah dan dituduh ‘dera isteri’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hari Sedih Untuk Johnny Depp, Tewas Kes Fitnah Dan Dituduh ‘Dera Isteri’

Wanita Dibunuh Masa Tengah Buat ‘Live’, Bekas Suami Pecah Masuk Rumah Dan Bakar Mangsa

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Anda Mungkin Suka