Tidak dapat dinafikan bahawa hari ini telah berlaku lambakan produk komestik di pasaran. Banyak produk-produk kosmetik muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kebanyakan produk kosmetik ‘segera’ ini dijual secara atas talian dan ada sesetengah daripadanya tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh kerana ingin melariskan produk yang dijual, pelbagai usaha dan teknik pengiklanan dilakukan bagi menarik perhatian orang ramai. Namun, sesetengah daripada strategi pengiklanan yang digunakan sangat tidak bersesuaian untuk tayangan umum.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video iklan produk dewasa yang dilihat begitu keterlaluan dan mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Video yang dimuat naik oleh Awatni Channel di Facebook ini telah menerima lebih 648,722 jumlah tonton sejak dimuat naik Sabtu lalu.

Video yang berdurasi 1 minit 17 saat ini memaparkan dialog diantara lelaki dan wanita yang berbual tentang hubungan seks dan dialog yang digunakan tidak bersesuaian, penampilan yang seksi sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya membuatkan netizen berasa jijik dengan video tersebut.

Rata-rata netizen menyelar tinakan dua individu dalam video tersebut yang seolah-olah mengajak para penggunanya berzina.

Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan video seperti ini kerana video tersebut jelas merosakkan minda masyarakat. Bukan itu sahaja, video seperti itu seperti mengajak anak-anak muda melakukan seks bebas yang akan mengakibatkan penularan penyakit berbahaya seperti HIV.

Di sini dikepilkan iklan-iklan menarik yang sesuai untuk tontonan anda. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Persis Sinetron, Tonton Iklan Daihatsu Sirion Ini Yang Pelik Tetapi ‘Awesome’

Netizen Terhibur Dengan Iklan ‘Pelik’ Cristiano Ronaldo Untuk Shopee

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah