Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasti ramai mengenali penyanyi Agnez Monica yang terkenal dengan lagu Matahariku satu ketika dahulu. Kini, Agnez Monica yang dikenali sebagai Agnez Mo menjadi buah mulut netizen.

Sebuah video dimana Agnez Mo menyanyikan lagu Teruskanlah dan Matahariku di dalam sebuah rancangan TV kembali tular di media sosial. Menerusi video tersebut, dapat dilihat nyanyian beliau yang cukup luar biasa walaupun jarak antara microphone dan bibirnya yang agak jauh.

Tidak perlahan tetapi masih jelas membuatkan ramai orang terkesima melihat teknik nyanyian Agnez Mo. Rata-rata netizen cukup kagum dengan nyanyian merdu Agnez Mo itu.

Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan teknik nyanyian Agnez Mo seperti mengikuti kepatuhan SOP dengan jarak 1 meter antara microphone dan bibir.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengaitkan teknik nyanyian Agnez Mo hampir sama dengan penyanyi Malaysia iaitu Jaclyn Victor. Apa pun, memang persembahan Agnez Mo ini cukup memukau.

Sebelum ini, Agnez Mo pernah melukakan hati rakyat Indonesia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mengaku Hanya Berketurunan Asing, Kenyataan Agnez Mo Lukakan Hati Rakyat Indonesia

Agensi ‘Pilih Kasih’ Larang Lisa Blackpink Hadiri Minggu Fesyen Paris, Peminat Tuntut Keadilan

Anda Mungkin Suka