Situasi yang ramai tidak suka apabila amaran “low Battery” di paparkan pada skrin telefon pintar. Bayangkan telefon anda telah mati, ketika itu anda berada jauh dari sumber elektrik yang terdekat, pastinya persoalan ini terdetik di fikiran “kalau ada orang telefon saya?” “kalau saya sesat?”.

Nasib baik ada cara mudah elakkan situasi ini berlaku. Dengan mempelajari “battery hacks” ini, anda mampu menjadikan bateri telefon bertahan lebih lama. Semoga artikel ini dapat membantu anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Matikan Notifikasi
Mematikan notifikasi akan mengurangkan penggunaan kuasa bateri. Perlu diingatkan, mode senyap tidak mematikan notifikasi, anda perlu pergi ke Application Settings.

desktop-1424800057

2. Mematikan sokongan getaran
Kecuali anda perlu senyapkan telefon, jangan guna sokongan getaran. Lebih banyak kuasa diperlukan untuk menghasilkan getaran berbanding menghasilkan bunyi.

desktop-1424799950

3. Mematikan sambungan Bluetooth
Jangan bazirkan kuasa bateri jika tidak menggunakan sokongan ini.

Business woman making a phone call with bluetooth device

4. Gunakan latar belakang gambar yang ringkas
Gunakan gambar yang seringkas mungkin, elakkan menggunakan gambar yang beranimasi.

afbb000000000000

5. Mematikan timbal balas haptik
Timbal basal haptik = Getaran ketika anda menekan kekunci

desktop-1424800072

6. Kurangkan keterangan skrin
laraskan kecerahan skrin anda sehingga ia tidak terlalu cerah. Skrin yang malap menjimatkan penggunaan bateri.

a1cb000000000000

7. Jauhkan dari sumber haba
Bateri dalam telefon anda sangat sensetif dengan suhu. Jika bateri terlalu panas, ia boleh menyebabkan bateri hilang kapasiti kuasa sebenar. Elakkan daripada meninggalkan telefon di dalam kereta atau di sebelah perkakas yang panas.

Using a smartphone

8. Matikan sokongan Wi-Fi jika di luar rangkaian WiFi
Jika berada di luar rangkaian, WiFi akan senantiasa cuba mencari kehadiran sumber-sumber pemancar WiFi yang lain. Proses ini memberi tekanan kepada bateri kerana aktiviti scanning turut menggunakan sumber kuasa dalam keadaan tidak sedar.

desktop-1424800108

9. Muat turun aplikasi berkaitan bateri

desktop-1424800117

10. Matikan sokongan GPS
Jika anda tahu kedudukan dan tidak memerlukan penunjuk arah, matikan sokongan ini melalui Application Settings.

11. Tutup telefon
Pergilah baca buku, teknik ini paling mujarab!

desktop-1424816859

Rujukan : Allday