Malang tidak berbau. Maka, persiapkanlah diri dengan segala kemungkinan. Ia mungkin akan menyelamatkan anda dan orang tersayang.

Pengacara rancangan Top Gear UK, Hammond melakukan demonstrasi kejadian kereta tenggelam bagi menunjukkan kaedah menyelamatkan diri. Walaupun demonstrasi ini dilakukan di dalam sebuah kolam renang, Hammond masih dalam bahaya kerana dia menunggu kereta dipenuhi air dan tekanan diseimbangkan. Menurutnya, jika keadaan sebenar berlaku tanpa pengawasan, dia telah mati dalam kejadian tersebut. Demonstrasi kedua, dia berjaya. Bagaimana? Lihat ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini pula adalah prosedur yang disyorkan oleh pakar-pakar keselamatan sekiranya kereta anda terjunam ke dalam air:

1. Buka tali pinggang keledar anda.
2. Cuba buka tingkap secepat mungkin. Pakar menyatakan tingkap automatik boleh bergerak di dalam air untuk beberapa waktu sahaja.
3. Keluar melalui tingkap.

Pastikan kanak-kanak dikeluarkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti diri anda, orang dewasa.

Sekiranya tingkap tidak boleh diturunkan, pecahkan tingkap dengan alat seperti tukul atau lakukan seperti ini:

Jika tingkap tidak boleh dipecahkan, tunggu dengan tenang sehingga paras air naik dalam kereta. Ini kerana pintu tidak boleh dibuka apabila tekanan air menolak dari luar. Apabila tekanan sudah stabil, barulah boleh buka pintu kereta.

Tetapi Hammond hampir lemas apabila menunggu tekanan air seimbang di dalam demonstrasi Top Gear. Bayangkan jika dalam keadaan kejadian sebenar, kemungkinan besar orang akan terkejut dan panik. Maka, seboleh-bolehnya keluar secepat mungkin selagi ada peluang.

Kongsikan informasi ini dengan orang tersayang anda sekarang.

Baca: Teknik Buka Tin dan Teknik Putuskan Tali Tanpa Apa-apa Alatan Yang Sesuai Digunakan Semasa Kecemasan

LIKE Facebook The Vocket disini