Teknik ‘Snowball’ adalah untuk para pelajar yang akan dan sedang menulis tesis terutama pelajar pascasiswazah yang mencintai dunia pengajiannya. Teknik ini akan memudahkan anda menyelesaikan penulisan bahagian bab Literature Review dengan cara mendapatkan maklumat terperinci dan relevan tentang subjek kajian.

Baca: 11 Petua Menyiapkan Penulisan Tesis PhD Dalam Masa 3 Bulan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia akan membuatkan anda mendapat banyak maklumat dengan mengkaitkan satu kajian dengan kajian yang lain. Ini akan menyebabkan kertas kajian anda kelihatan teratur kronologinya dan akan dipuji oleh para pemeriksa dan pembaca tesis.

Cara menggunakan teknik ‘Snowball’ adalah seperti ini:

1. Pilih satu dokumen utama yang mengandungi petikan atau rujukan kepada sumber-sumber lain mengenai perkara yang sama.
2. Kemudian, tandakan bahagian tersebut dan cari rujukan yang seterusnya di dokumen yang dinyatakan di dalam rujukan tadi.
3. Ini akan membawa kepada dokumen lain yang seterusnya termasuk rujukan dan lain-lain hasil kajian di dalam perkara yang sama.

Untuk lebih faham kaedah ini, Dr. Nurkhamimi Zainuddin telah menyediakan video berdurasi 3 minit yang berbaloi ditonton oleh anda.

https://www.youtube.com/watch?v=P4Jic7mTHBY

Kami turut menemubual Dr. Nurkhamimi Zainuddin untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik ‘Snowball’.

“Teknik snowball ini biasanya digunakan di dalam teknik sampling di dalam penulisan ilmiah. Pengertian Snowball Sampling atau Definisi Snowball Sampling adalah teknik penentuan sampel yang mula-mula jumlahnya kecil, kemudian membesar. Ibarat bola salju yang berguling lalu lama-lama menjadi besar. Namun ramai juga penyelidik menggunakan teknik ini di dalam penulisan Literature Review atau Kajian Literatur termasuklah saya,” kata Dr. Nurkhamimi.

Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia turut berkongsi pengalamannya menggunakan teknik bola salji ini.

“Saya telah menggunakan teknik ini semasa menyiapkan tesis Masters dan PhD saya. Kini kaedah yang sama saya gunakan untuk menulis artikel ilmiah sama ada untuk dibentangkan di seminar atau untuk dihantar ke Jurnal Ilmiah untuk diterbitkan.

Kaedah ini bersifat seperti bebola ais. Katakan saya ingin menulis berkenaan Kelemahan Bahasa Arab di kalangan pelajar bukan penutur jati. Maka langkah pertama, saya akan cuba mencari satu artikel (yang ditulis sekitar 5 tahun ini) antara 2010 sehingga 2015 berkenaan dengan tajuk ini.

Apabila telah menemui artikel tersebut, (saya namakan artikel A) saya akan baca abstrak, metodologi, hasil kajian dab perbincangan dari artikel tersebut. Melalui bahagian rujukan atau reference, artikel ini akan membawa saya meneroka artikel yang lain (saya namakan artikel B). Daripada rujukan artikel B, saya terus meneroka artikel C dan seterusnya,” terang Dr. Nurkhamimi lagi.

Baca: Calon Sarjana Dan PhD, Anda Perlu Faham Ini Sebelum Mengorak Langkah Seterusnya

Hasil penggunaan teknik ini akan menyebabkan Literature Review menjadi lebih jitu. Ini turut diakui oleh Dr. Nurkhamimi:

“Maka apabila kita kumpulkan dapatan dari artikel A,B, C dan seterusnya, dapatlah kita mengetahui kajian-kajian terkini berkaitan kelemahan Bahasa Arab di kalangan pelajar bukan penutur jati. Sekaligus ia akan mewujudkan research GAP.

Snowball ini mula-mula hanya kecil saiznya (hanya ada artikel A), lalu membesar (kerana ada campuran artikel B dan C). Lagi lama proses snowball ini dilakukan, lagi jitu Literature Review yang dapat kita hasilkan.”

Maka, bertepatan dengan penerangan oleh Dr. Nurkhamimi, kami dapat simpulkan bahawa ia dipanggil sebagai teknik ‘snowball’ kerana analogi semakin digolek salji, semakin besar saiz bola salji. Begitu juga dengan teknik ini dimana semakin dikorek kajian-kajian lepas yang berkaitan subjek kajian, semakin banyak maklumat yang akan diterima.

Walaubagaimanapun, tiada teknik yang sempurna. Keburukan teknik ini adalah anda akan alami overload information.

Baca: Pensyarah Ini Bongkarkan 3 Resipi Utama Untuk Gagal Master Dan PhD

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram