Ibubapa anda datang melawat anak anda yang berumur 3 bulan. Lalu beliau menyambut cucunya dengan senyum lebar dan berkata,

“Assssaaaalaaamualaiiiikummm, Awaaakkk apa khabarrrrr? Rinduuuuu sangat!”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasti anda akan mengangkat kening dan keliru dengan apa yang sedang berlaku. Adakah beliau kurang waras? Atau ada sebab di sebalik perbuatan tersebut? Apakah teknik yang digunakan? Adakah ini teknik terbaik untuk berbual dengan bayi?

p5

Cara berbual yang digunakan ini disebut sebagai Parentese. Ia adalah cara terbaik untuk mengajar bayi bercakap dan ia sangat menghiburkan.

Apa itu Parentese

Di dalam kehidupan seharian. Kita selalu berbual dengan tempo yang pantas. Tetapi dengan tempo yang perlahan dan intonasi yang berubah-ubah, perbualan tersebut akan lebih mudah difahami.

Ia selalu terjadi ketika sesi pembelajaran atau ketika perbualan formal.

Parentese diucapkan dengan tempo yang perlahan, nada yang tinggi, intonasi yang berubah-ubah, bunyi vokal yang panjang, mata dibuka luas dan senyum lebar.

Ia seakan-akan menyanyi dengan perkataan ‘makan’ menjadi ‘maaaaaakan’ atau ‘epal’ menjadi ‘eeeeeepal’.

Walaupun begitu, Parentese tidak mengubah sebutan, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Ia cuma menambah keriangan dan kefahaman kepada kanak-kanak yang sedang belajar bercakap.

Manfaat daripada Parentese

Di Washington Universiti, Patricia Kuhl, seorang penyelidik neurosains telah mengkaji ibu-ibu di Amerika Syarikat, Rusia dan Sweden yang bercakap menggunakan teknik Parentese.

Hasil kajian menunjukkan teknik ini membantu anak mereka menganalisis dan menyerap maklumat dengan lebih pantas.

Ia juga membantu kanak-kanak mendengar perbezaan antara perkataan yang diucapkan dan memahami emosi yang ingin disampaikan.

‘Parentese’ bukanlah ‘Baby Talk’

Baby Talk adalah perkataan yang diucapkan dengan pelat seakan-akan meniru percakapan bayi seperti “Tita minum shushu.” (“Kita minum susu.”)

Sebaliknya Parentese diucapkan dengan sebutan dan tatabahasa yang betul. Ayat penuh adalah asas yang perlu dipatuhi untuk membantu bayi belajar kaedah-kaedah bahasa yang baik.

Baby Talk sebenarnya melambatkan perkembangan pertuturan bayi.

Bayi yang diajar sebutan ‘susu’ sebagai ‘shushu’, ‘ayah’ sebagai ‘yaya’ atau ‘tidur’ sebagai ‘tito’ akan menyebabkan mereka keliru antara perkataan dengan sebutan yang betul atau yang tidak.

Secara tidak langsung mendorong mereka untuk tidak memberikan sebarang respon kepada perbualan tersebut. Ia sekali gus merencatkan perkembangan pertuturan mereka.

Cara berbual dengan Parentese

1. Gunakan intonasi yang berubah-ubah untuk membentuk melodi seakan-akan menyanyi

2. Gunakan nada tinggi

3. Perlahankan butir-butir kata dan panjangkan bunyi setiap konsonen

4. Berikan penekanan kepada suku kata tertentu seperti “Rinduuuuu sangat pada awakkkk!”

5. Gunakan sebutan yang betul dan tatabahasa yang tepat

6. Sertakan ekspresi wajah untuk menggambarkan emosi yang ingin disampaikan

Berbual menggunakan Parentese adalah cara terbaik untuk mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak sambil mengukuhkan perkembangan pertuturan mereka.

Ia fokus dalam menyampaikan bahasa yang baik sambil memenuhi keperluan dan menghiburkan.

Video dibawah adalah contoh untuk memahami Parentese.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram