Kecacatan bukan lagi penghalang buat budak lelaki ini bermain piano untuk sebuah kumpulan koir di Jepun. Dengan teknologi Eye Play the Piano, sistem piano ini membenarkan seseorang yang tiada keupayaan tangan atau jari untuk bermain piano hanya menggunakan mata sahaja.

Eye Play the Piano mengaplikasikan eye tracking head mount device iaitu FOVE yang dipakai oleh mereka yang mahu bermain piano tanpa menggunakan tangan. FOVE akan menerima isyarat dari pergerakan mata seseorang di atas panel interface khas untuk bermain mengunakan penglihatan.

Setiap kelipan mata seperti right mouse click iaitu mengesahkan not muzik yang dikehendaki. Sistem ini kemudiannya menghantar isyarat kepada piano melalui signal MIDI. Gerakan kepala pula untuk mengawal kepanjangan not muzik yang berfungsi seolah-olah seperti pedal piano. Teknologi ini dihasilkan di Jepun. Lihatlah bagaimana impian budak lelaki ini menjadi kenyataan. Anda pasti terharu dan kagum.

LIKE page Facebook The Vocket di sini