Will Smith merupakan antara pelakon yang versatil dan sentiasa berjaya membawa watak yang dilakonkan dengan baik. Bagi anda yang tidak tahu, filem Gemini Man akan menampilkan beliau dan beberapa lagi pelakon hebat lain.

Filem Gemini Man akan ditayangkan di pawagam terdekat anda tidak lama lagi iaitu pada 10 Oktober 2019 ini. Kami rasakan filem ini adalah satu karya yang setanding dengan filem sains fiksyen dan aksi lain dan mungkin lebih baik lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda sudah melihat trailer filem ini, pasti anda tahu bahawa Will Smith akan melakonkan dua versi watak Henry Brogan iaitu muda dan tua.  Menariknya, watak Henry Brogan yang muda direka menggunakan kesan khas teknologi animasi komputer dan ini adalah sesuatu yang luar biasa.

Malah, teknologi kesan khas ini akan menjadi ikutan dalam industri perfileman Hollywood akan datang. Weta Digital, sebuah syarikat New Zealand yang pernah terlibat dalam siri Lord of The Rings, Avengers: Endgame dan siri X-Men diberikan tanggungjawab dalam pembikinan kesan visual dalam filem ini.

Syarikat tersebut diasaskan oleh Peter Jackson dan pasukan Peter Jackson telah menghasilkan wajah watak Henry Brogan muda yang kelihatan realistik dengan menggunakan data-data pada filem yang pernah dilakonkan oleh Will Smith sebelum ini.

Teknologi terbaharu ini pastinya akan menjadi satu teknologi yang bakal mendominasi dunia perfileman kelak kerana bakal membolehkan pelakon membawa lebih daripada satu watak. Sebenarnya Gemini Man ini telah disimpan hampir 20 tahun sehinggalah pengarah Ang Lee muncul untuk mengarah filem ini.

Anda mungkin berminat untuk lihat lokasi yang dipilih Ang Lee untuk penggambaran filem Gemini Man ini.

Tonton Lokasi Unik Yang Dipilih Ang Lee Untuk Penggambaran Gemini Man

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker