Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Insiden kemalangan melibatkan pemandu mabuk telah menjadi satu trend di seluruh dunia. Lebih malang sekali apabila melibatkan dari segi isu kematian, ia telah banyak melibatkan orang di luar kenderaan seperti pengguna jalan raya lain berbanding pemandu mabuk itu sendiri.

Pelbagai cadangan solusi telah diutarakan dan dilaksanakan, namun ia seperti tiada tanda nokhtah untuk menamatkan isu terbabit dan kes kemalangan melibat pemandu mabuk semakin meningkat.

Pada November 2021 lalu, Presiden US, Joe Biden telah menandatangani undang-undang persekutuan yang memerlukan kereta baharu dilengkapi dengan teknologi mengesan pemandu mabuk pada masa akan datang, sekaligus boleh menyelamatkan beribu-ribu nyawa setiap tahun dan berpotensi untuk berkembang ke luar negara.

Memetik laporan Action News Today, kenderaan yang dibuat pada 2026 dan tahun seterusnya akan kelihatan sedikit berbeza daripada sekarang. Semua kenderaan bakal dilengkapi dengan teknologi baharu yang boleh mengesan seseorang memandu dalam keadaan mabuk.

Sebagai sebahagian daripada Sistem Pengesanan Alkohol Pemandu untuk Keselamatan (DADSS), para penyelidik telah membangunkan sensor penafasan untuk menguji hembusan nafas si pemandu.

Pada masa sama, pemandu boleh menekan butang menghidupkan kereta untuk mengukur paras alkohol dalam darah di bawah permukaan kulit dengan memancarkan cahaya infra merah melalui hujung jari pemandu tersebut.

Fungsi ‘anti-penipuan’ dibina ke dalam sistem yang boleh menghalang kereta daripada dihidupkan atau menghalangnya daripada bergerak sekiranya pemandu melebihi had kandungan alkohol 0.08% di dalam darah.

Andaikata teknologi ini menjadi realiti, sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk mengurangkan jumlah pemandu mabuk di atas jalan raya, sekaligus mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu seperti itu pada masa akan datang.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut bagaimana Nils Bohlin menghasilkan solusi tali pinggang pada kenderaan yang diguna pakai oleh orang ramai sehingga hari hari ini.

Bagaimana Hasil Ciptaan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Jutaan Nyawa Pemandu Hingga Ke Hari Ini

6 Fakta Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu Mengenai Jenama Tesla

Anda Mungkin Suka