Adakah ini masa depan pertanian ?

Boleh dikatakan ini adalah inovasi terbesar dalam sejarah yang berlaku semasa kegawatan ekonomi. Teknologi LED ini dihasilkan selepas gempa bumi Mac 2011 yang melanda pantai timur laut Jepun. Gempa bumi itu mengakibatkan tsunami dan menyebabkan berlakunya kerosakan yang amat teruk terutamanya kawasan loji nuklear Fukushima Daiichi. Kawasan itu juga merupakan kawasan utama pertanian, ini sekaligus menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kekurangan bekalan makanan ini telah mendorong Marai, sebuah syarikat yang diketuai oleh Shigeharu Shimamura, seorang ahli botani untuk bergabung dengan General Electric (GE), sebuah syarikat multinasional Amerika. Mereka ingin menguji teknik mempercepatkan pertumbuhan sumber makanan dalam keadaan terkawal. Seperti yang anda lihat, projek ini merupakan satu kejayaan besar.

Bidang pertanian adalah bidang yang berisiko tinggi kerana terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam mendapatkan hasil yang dikehendaki. Faktor seperti banjir dan kemarau boleh mengganggu pertumbuhan hasil tanaman. Dengan adanya teknologi seumpama ini, faktor-faktor sedemikian dapat dielakkan dan paling penting penggunaan racun perosak tidak lagi diperlukan.

20140921_03

20140921_04

20140921_02

https://www.youtube.com/watch?v=985rJxlWuWk

Sumber Rujukan : Weburbanist