Kata-kata Bastian Schaefar yang bekerja di syarikat penerbangan terkemuka Airbus ini membuahkan pertanyaan mampukah kita membuat sesuatu hari ini yang memberi sesuatu pada masa depan?. Dia telah membina prototaip Jet Jumbo berskala kecil dengan rekabentuk yang lain dari pesawat masa kini.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kita tidak mampu meramal masa depan, tapi kita boleh cipta bayangan tentang apa yang akan terjadi.Bastian Schaefar

Bagi saya, gagasan yang dibawa oleh Schaefar ini selari dengan pandangan pelopor kapal terbang berkuasa solar penuh, Bertrand Piccard.

solar impulse

Piccard tak menaruh harapan Solar Impulse hasil kerjanya dan rakan pasukan mampu mengangkut 200 orang penumpang dalam tahun terdekat ini. Tetapi usaha mereka ini adalah satu simbol untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai yang kita mampu mempunyai mesin pengangkutan yang lebih mesra alam di masa depan.

flight

Nah, ini idea Jet Jumbo Cetakan 3-Dimensi hasil tangan Schaefar. Ia memberikan kita suatu keyakinan bahawa teknologi itu boleh diaplikasi di pelbagai lapangan lagi. Percaya atau tidak, di masa hadapan kita boleh cetak rumah, senjata dan roket!

Ini sangat menakjubkan. Mana tidaknya, kita boleh cetak apa saja yang kita fikirkan dalam 3-Dimensi.

Cuba kita gabungkan idea-idea dua lelaki ini, adakah anda nampak bayangan sebuah Pesawat Cetakan 3-Dimensi Berkuasa Solar Penuh? Jika anda dapat gambarkan bagaimana bentuknya, percayalah, anda boleh mencetaknya.

Ramai geli hati pertama kali tengok prototaip ini sebab ia nampak seperti haiwan berbentuk pesawat yang tertelanjang tanpa kulit. Memang pun! Sebab cara lelaki ini mereka bentuk struktur dan komponennya hampir sama dengan badan kita.

Badan kita atau hidupan alam semulajadi di luar sana mempunyai blok-blok kecil DNA yang menyimpan maklumat. Kemudian, membentuk tisu, organ, tulang rangka dan seterusnya. Otot yang dilatih dapat membuatkan badan kita semakin kuat. Perkara sama yang menjadi aspirasi teknologi ini.

Okay. Sekarang untuk pesawat ini kita mencetak Nanotube yang dibenamkan dalam acuan plastik. Ada trillion semuanya. Susun rapi pada kayu dan kita telah siapkan struktur dan sub-struktur untuk memindahkan tenaga elektrik dan data.

Baiklah. Sekarang kita bawa idea ini sikit ke hadapan untuk membuat komponen yang lebih besar, apa akan jadi pada pesawat kita nanti?

fly 1

fly 2

Tiada lagi tingkap untuk menjimatkan kos dan mengurangkan berat. Ia mungkin akan mengenakan skrin untuk dipaparkan kepada penumpang.

Bagaimana pula dengan data dan perisian komunikasi? Mungkin kita boleh percaya pesawat masa hadapan akan mempunyai kesedaran sendiri. Ia lebih kepada kehidupan organisma daripada koleksi teknologi rumit. Komukasi dengan penumpang akan berlaku secara terus dengan suasana ini .

Oleh kerana muatan tetap seperti struktur rangka pesawat itu sendiri sudah dikurangkan, maka ruang sosial dan ruang bermain golf secara realiti-maya dapat dimuatkan.

Meminjam mutiara kata Jason Silva:

Jika kita boleh bayangkan, kenapa kita tak boleh buat?

Jumpa anda di masa hadapan!

Artikel di atas disumbangkan oleh Haziq Daniel. Pelajar UniKL-MIAT. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group