Jika disebut mengenai teknologi, pasti ada beberapa perkara yang terlintas di fikiran. Lightsaber, kereta terbang, dan alat teleportation pasti tersenarai paling atas kerana kita selalu dijamukan dalam filem. Terkini, Boston Dynamics, sebuah syarikat pakar dalam pembinaan robotik haiwan telah berjaya mencipta robot masa hadapan yang pasti anda tidak jangkakan.

Ini adalah Spot. Spot adalah anjing yang yang dihasilkan melalui kaedah robotically engineered yang mana ia mampu berjalan pelbagai arah, menaiki tangga, mengubah corak langkah mengikut keadaan. Umumnya Spot seperti anjing biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini merupakan satu kejayaan besar dalam dunia teknologi, kerana ia boleh membawa kepada perkara-perkara lain seperti menghantar robot ke planet lain ataupun di medan perang. Tidak lama lagi robot akan melakukan semua kerja manusia, kita sebagai manusia hanya perlu duduk dan lihat.