Apple iPhone 7 baru sahaja dilancarkan dan nampaknya model terbaru iPhone tidak perlu menunggu lama sebelum dikaitkan dengan ura-ura terbaru.

Dikatakan Apple sedang bekerjasama bersama Sharp bagi membangunkan Apple dengan skrin lengkung OLED. Ya, bayangkan Apple berjaya realisasikannya pada iPhone 7s yang bakal hadir pada tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Pengarah Eksekutif Sharp, Tai Jeng-wu mengesahkannya. iPhone yan sebelum ini menggunakan LTPS display bakal beralih kepada OLED panels.

Memandangkan tahun hadapan merupakan ’10th anniversary iPhone’ kami jangkakan Apple sedang merangka sesuatu yang lebih inovatif dan futuristik. Kemungkinan rekaan body yang lebih ‘sleek‘ dan ‘sexy‘. Tidak dilupakan juga kamera yang ditambahbaik berbanding iPhone 7 Plus yang sudah sangat cool dengan penggunaan portrait mode.

img_0203
iPhone 7 Plus Portrait mode

Jika iPhone model seterusnya hadir dengan skrin lengkung yang hampir serupa dengan Samsung Galaxy Note 7, adakah perkara ini bakal membantu Apple untuk mendapat jualan yang lebih lagi?

Sumber