Nike baharu sahaja memperkenalkan teknologi terkini daripada mereka yang dikenali sebagai Joyride. Namun, belum pun ianya dilancarkan ke pasaran, teknologi Joyride ini sudah berdepan kontroversi.

Kritikan berkenaan hadir daripada laman Gizmodo yang berpendapat Nike bakal menyebabkan masalah pencemaran plastik yang lebih besar dengan teknologi Joyride ini. Joyride merupakan sejenis teknologi tapak baharu oleh Nike di mana di bahagian tapaknya terkandung ‘TPE beads’ yang diperbuat daripada plastik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di bahagian belakang tumit model ini sahaja, sebanyak 8,000 plastik kecil ini akan diletakkan bagi memberi keselesaan kepada pemakai. Itu baru untuk sepasang kasut.

TPE Beads 2

Walaupun teknologi ini dikatakan boleh memberi saingan hebat kepada teknologi BOOST oleh adidas, namun pencinta alam sekitar agak skeptikal dengan teknologi terbaru daripada Nike ini. Walaupun teknologi Joyride ini bakal memberi keselesaan yang tidak dialami sebelum ini, namun pihak Gizmodo mempunyai persoalan apa yang akan terjadi kepada ‘TPE beads’ ini selepas ianya tidak dipakai lagi.

Walaupun jangka hayat tapak kasut Nike panjang, tetapi bagaimana sekiranya kasut ini sudah tidak lagi dipakai dan dibuang di tong sampah? Kasut ini pastinya akan rosak dan isi TPE beads ini akan terurai dan kemungkinan besar memasuki saluran air dan menyebabkan hidupan laut memakannya.

Namun, wakil daripada Nike telah memberi penjelasan tentang perkara ini. “Nike sentiasa komited dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk masa depan sukan. Seperti mana-mana model Nike yang lain, Joyride turut boleh dikitar semula menerusi kempen Nike ‘Reuse-A-Shoe’ untuk ditukar menjadi produk akan akan datang Nike. Kami sentiasa bekerjasama dengan syarikat lain untuk menghasilkan bahan yang terbaik untuk mengatasi sebarang masalah jangka panjang.”

Sumber