Laporan Audit Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telahpun dikeluarkan. Nampaknya pada tahun ini TEKUN Nasional sekali lagi terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM209.28 juta. Dikatakan kerugian ini berlaku atas beberapa faktor melibatkan TEKUN dan juga para usahawan sendiri.

Lebih parah, melalui suku pertama tahun 2017 juga mencatatkan kerugian apabila TEKUN Nasional gagal untuk mengimplementasikan beberapa projek utama seperti portal usahawan, komuniti usahawan serta Cyber Mall yang membawa kepada kerugian sebanyak RM872,035.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DSC_6847

Laporan juga mengatakan TEKUN Nasional gagal untuk menyalurkan dana kepada pihak sebaiknya khususnya para usahawan sekaligus gagal mendapatkan pulangan seperti yang dijangkakan.

Setakat laporan 30 Jun 2016, TEKUN Nasional sudah berjaya menyalurkan dana kepada 473,982 usahawan yang membawa kepada jumlah sebanyak RM4.29 billion. Para usahawan cuma perlu membayar kepada pihak TEKUN Nasional sebanyak 4% seperti yang dijanjikan melalui surat perjanjian.

Dalam pada itu, jumlah yang berjaya dikumpul semula daripada para usahawan cuma sebanyak 63.2% atau RM2.71 billion sahaja. Kami harap bantuan daripada Pihak TEKUN dapat diteruskan untuk membantu para usahawan dan dalam masa yang sama para usahawan yang berkemampuan perlu membayar balik dana yang diterima secara ansuran.