Masuk sahaja bulan puasa kami perasan ramai orang berpusu-pusu serbu mall. Bukan nak shopping sahaja, tapi sebab nak lihat dekorasi ruang dalaman mall waktu musim perayaan. Siapa tidak mahu gambar Instagram dengan background yang cantik, kan?

Jadi untuk artikel kali ini, kami ingin kongsi kemeriahan sambutan hari raya di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Semanis Syawal’, MyTOWN menampilkan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh bukan sahaja kaum Melayu tetapi pelbagai bangsa di Malaysia melalui kuih tradisional Melayu yang disukai oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu mesti anda ada kuih kegemaran anda sendiri!

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Persiapan raya di Kampung Che Manis meriah!

mytown oh mytown

Bermula 17 Mei hingga 16 Jun 2019, jom datang beramai-ramai dan terokai Kampung Che Manis di MyTOWN! Kalau anda ingin tahu, ruang tengah MyTOWN ini yang telah diubah suai menjadi sebuah perkampungan kecil. Di situ, anda boleh berjumpa dengan 3 Sekawan Kuih: Luq Lapis (Kuih Lapis), Yaya Yap (Kuih Ketayap) dan Bob Hulu (Kuih Bahulu) bersama penduduk kuih yang membuat persiapan raya. Ada kuih yang masak rendang, bakar lemang, hias rumah dan banyak lagi!

Boleh bergambar & nikmati persembahan Raya!

Mytown image 1

Selain itu, anda juga boleh berhibur dengan persembahan hari raya Kampung Che Manis macam Santai Raya bersama Ippo Hafiz, sesi bercerita bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), gendang rakyat dan joget Kampung Che Manis. Malah, anda teringin mahu berjumpa Bob Hulu, Luq Lapis dan Yaya Yap tidak? Maskot 3 Sekawan Kuih juga akan berlegar-legar dalam MyTOWN untuk beramah mesra dengan pengunjung MyTOWN.

Bazar raya pun ada!

Mytown image 2

Ingin mood raya anda lagi onz? Anda jangan risau sebab di Kampung Che Manis juga ada bazar raya di Aras Bawah (Ground Floor). Bazar Raya ini menjual barangan keperluan raya seperti kuih raya, hamper, baju raya dan banyak lagi!

Sudah penat membeli-belah, anda tidak perlu pening kepala ingin cari tempat berbuka puasa. Turun sahaja Aras B1 – Foodtown sebab di situ ada tempat duduk khas yang disediakan untuk berbuka dan banyak juadah berbuka puasa yang dijual. Kalau nak feel lain daripada yang lain, anda boleh ke bahagian luar pusat membeli belah di Sunken Garden. Dekat situ dibentangkan beberapa tikar mengkuang untuk anda duduk bersantai dengan keluarga.

Berpeluang bawa pulang barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih

mytown2

Selesai shopping di MyTOWN, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih yang comel secara percuma. Kalau anda membeli-belah RM50 ke atas, jangan lupa untuk ke kaunter informasi MyTOWN untuk membawa pulang Paket Raya Mini. Tapi, lagi banyak anda shopping raya, lagi banyak pilihan barangan eksklusif seperti Paket Raya Premium, Beg atau Bantal Kuih. Jadi, baca dahulu Terma dan Syarat dan serbu dengan pantas sementara stok masih ada.

Jom rasai kemeriahan Manisnya Raya bersama 3 Sekawan Kuih di MyTOWN!

Jangan lupa ke MyTOWN  untuk sama-sama memeriahkan sambutan raya di sana. Klik video di bawah sebab admin ingin belanja video Penduduk Kampung Che Manis buat persiapan raya mereka:

Comel, bukan? Kalau anda ingin check out maklumat lanjut tentang sambutan hari raya dan aktiviti juga persembahan Raya di MyTOWN, anda boleh layari laman sesawang MyTOWN atau Facebook MyTOWN Shopping Centre dan Instagram MyTOWNKL. Kami jumpa anda di sana!

MyTOWN Shopping Centre
No. 6 Jalan Cochrane, Cheras
Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-2710 0057

Waktu Operasi
10.00 pagi – 10.00 malam

Anda Mungkin Suka