Semalam tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki, Muhammad Haziq melaporkan kejadian menjumpai seekor ular sawa di dalam longkang di kawasan perumahannya dipercayai di Kedah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat bagaimana Haziq itu memberikan butiran-butiran terperinci kejadian dan membuatkan para penonton turut berasa cemas dengan situasi tersebut.

Malah, Haziq turut gigih berusaha menyuluh ular itu agar kelihatan di video sekaligus penonton videonya dapat melihatnya. Kepetahannya menyampaikan berita secara spontan mendapat perhatian orang ramai.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji skil Haziq dan mengatakan jika bakatnya digilap boleh menjadi wartawan apabila dewasa kelak. Malah, penggunaan kata yang tepat digunakan olehnya turut dipuji oleh netizen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kisah viral pada pautan di bawah ini.

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan

Persiapan Sudah Siap, Gadis Ini Akur Terpaksa Tunda Majlis Perkahwinan Selepas Ibu Positif COVID-19

‘Belum Setahun Dah Rosak’- Netizen Kecewa Dan Mula Pertikai Kualiti Beg Keluaran dUCk