Walaupun TV mungkin tidak lagi sepopular suatu ketika dahulu, namun apa sahaja yang berlaku di sana pasti akan mencuri tumpuan penonton dan juga netizen.

Dan ada ketikanya bukan saja drama-drama bersiri jam 7 yang mencuri perhatian tetapi ada ketikanya segmen berita juga boleh membuatkan kita semua terhibur.

Walaupun ianya bukanlah bertujuan untuk menghiburkan namun ada kalanya telatah-telatah yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak ini cukup untuk menarik perhatian kita semua.

Seperti yang berlaku ketika siaran berita Bizworld di TV3 baru-baru ini apabila salah seorang pembacanya meninggalkan penonton dengan penuh persoalan di hadapan kaca TV mereka.

Ia berlaku apabila beliau hanya berdiri selama beberapa saat seperti dirakam pengguna TikTok ini sekaligus membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di studio.

@nick_sohide

hhahahahaha tercegak abang tu… nak dekat 2minit dia kat situ… sabar bang kami faham #tv3 #buletinutama

♬ original sound – Nick_sohide – Nick_sohide

Sebenarnya..

Buat anda yang tertanya-tanya kenapa dan bagaimana situasi tersebut berlaku, ia difahamkan berpunca daripada teleprompter yang digunakan ketika itu gagal untuk berfungsi.

Teleprompter ini adalah merupakan satu alat yang memaparkan panduan atau skrip kepada pembaca berita dan biasanya berada di sekitar kamera.

Perkara itu dilaporkan oleh portal HotFM pada pagi ini yang memetik ciapan yang dibuat oleh pembaca berita berkenaan, Arief Subhan di aplikasi Twitter.

Menurut perkongsian mereka, Arief difahamkan mempunyai masalah teknikal dengan teleprompter ketika siaran langsung berita berkenaan sekaligus membuatkan beliau terpaksa berdiri tanpa berkata apa-apa.

“Ada sedikit masalah dengan teleprompter ketika sedang bersiaran langsung sebentar tadi.

“Akhirnya terpaksa berdiri sahaja di sana tanpa berkata apa-apa. Sepatutnya saya bersajak atau buat apa-apa saja tadi,” selorohnya di Twitter.

Seperti kami katakan tadi, ini bukanlah kali pertama pembaca berita atau wartawan ini menjadi tumpuan netizen. Malahs sebelum ini terdapat beberapa lagi telatah dan aksi-aksi mereka ini yang sempat dirakam dan tular di media sosial.

Baca perkongsian lain yang pernah kami bawakan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Bersih Luar Dalam, Gelagat Wartawan Basuh Kereta Dengan Tingkap Terbuka Buat Netizen Tertawa

‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak

Ditegur Sering ‘Kacau’ Slot Mega Movie, Hos Nightline Beri Respons Melucukan Kepada Netizen