Sejarah tercipta pada minggu ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia telah disambut meriah sekaligus menjadi perhatian netizen beberapa barangan yang digunakan beliau termasuk pen yang digunakan untuk tanda tangan watikah pelantikan.

Baca Juga:

Terbaharu, orang ramai turut mengesan dua telefon pintar yang digunakan beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menariknya, kedua-dua model yang digunakan bukanlah model yang terbaru dan premium pada ketika ini.

1. Samsung Galaxy Note 10+

Sumber: Samsung Global Newsroom

Sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mengucapkan tahniah kepada beliau. Berdasarkan telefon pintar yang digunakan untuk menjawab panggilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dlilihat menggunakan model Samsung Galaxy Note 10+.

Untuk pengetahuan, Samsung Galaxy Note 10+ merupakan model telefon pintar flagship yang dikeluarkan Samsung pada tahun 2019 iaitu sekitar tiga tahun lalu.

Model ini hadir dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED, processor Exynos 9825, 12GB RAM dan ruang storan 256/512 GB. Samsung Galaxy Note 10+ hadir dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada 12,12,16-megapixel manakala kamera hadapan hadir dengan sensor 10-megapixel.

Berdasarkan semakan, model ini tidak lagi ditawarkan secara rasmi kerana sudah digantikan dengan model Samsung Galaxy S22 Ultra. Walau bagaimanapun, para pengguna masih boleh mendapatkan model ini dalam kondisi terpakai dengan harga serendah RM1,349 di Samsung Galaxy Note 10+.

2. Google Pixel 5a

Sumber: tom’s guide

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menggunakan Google Pixel 5a sewaktu sidang media rasmi pertama beliau di mana beliau turut menerima panggilan daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan.

https://www.youtube.com/watch?v=cgXiWC5_bqQ

Model ini dilengkapkan dengan skrin 6.34-inci OLED, processor Snapdragon 765, 6GB RAM dan 128GB ruang storan. Kamera utama model ini hadir dengan sensor 12.2-megapixel beserta lensa ultralebar 16-megapixel. Kamera hadapan Google Pixel 5a pula ditawarkan dengan sensor 8-megapixel.

Google Pixel 5a tidak ditawarkan secara Malaysia secara rasmi. Namun, buat anda yang mahu menggunakan model ini, anda boleh dapatkannya menerusi laman Lazada yang ditawarkan serendah RM1,799.

Setakat ini masih belum dipastikan sama ada kedua-dua telefon pintar ini merupakan telefon pintar rasmi kegunaan beliau atau Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan model telefon pintar yang lain.