Bilakah kali terakhir anda menggunakan telefon lipat? Seingat saya telefon lipat yang boleh dikatakan hi-end atau premium berada di kemuncak sewaktu Motorola Razr V3. Sesiapa yang menggunanya pastinya tampak lebih cool dan macho.

Dominasi penggunaan telefon touchscreen telah membuatkan telefon boleh lipat tidak lagi digemari pengguna. Form factor atau rekabentuk yang besar dan sukar untuk diakses mungkin antara sebabnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2016-09-09 at 8.35.22 AM

Selepas hampir 10 tahun telefon touchscreen mendominasi arena smartphone, Samsung pada hari ini telah melancarkan Samsung Galaxy Folder 2. Kami tidak pasti apa yang difikirkan Samsung, namun ini merupakan eksperimen yang tidak merugikan memandangkan arena telefon sudah lama tidak dihiasi dengan rekabentuk ‘retro’ sebegini.

Samsung Galaxy Folder 2 dikuasakan oleh processor Snapdragon 425, RAM 2 GB dan ruang storan 16 GB. Pengguna nampaknya perlu menyesuaikan diri dengan skrin yang lebih kecil disebabkan rekabentuk iaitu skrin 3.8-inci. Kamera 8-Megapixel digunakan di bahagian belakang manakala 5-Megapixel digunakan di bahagian hadapan.

Boleh dikatakan telefon ini merupakan sekadar eksperimen daripada Samsung bagi menguji permintaan pelanggan atau penjualan. Setakat ini Galaxy Folder 2 cuma dijual di China pada harga $285 sekitar ~RM1161 dan mungkin akan diperluaskan jika mendapat sambutan yang memberangsangkan. Geng hipster pasti suka dengan rekaan telefon yang hip seperti ini.

Screen Shot 2016-09-09 at 8.51.01 AM

Screen Shot 2016-09-09 at 8.47.48 AM

Screen Shot 2016-09-09 at 8.29.45 AM

Sumber