Jika anda peminat telefon pintar seperti saya, pasti anda akan suka dan excited dengan berita ini. Google yang pada sebelum ini seakan-akan sudah lupa dengan Project ARA dan pembinaan Google Glass pada hari ini mengumukan telefon modular Project ARA bakal dijual seawal 2017 ini.

ara1.0

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara umumnya Project ARA merupakan salah satu rancangan yang sudah lama dibangunkan Google untuk menyediakan sebuah telefon pintar dengan penambahan modular. Dalam erti kata lain anda boleh meletakkan jenis kamera, storan,speaker dan komponen-komponen lain mengikut citarasa anda.

Daripada makluman yang diterima, prototype untuk Google Project ARA sudah siap dibina dan nampaknya berjalan dengan lancar. Google kini sedang mengusahakan untuk memperkemaskan lagi telefon modular.

Jika anda tanya adakah ini ‘future’ smartphone? Jawapannya ya, sudah tentu. Cuma mungkin Google perlukan beberapa tahun sahaja lagi untuk mewujudkan sebuah telefon modular yang lebih stabil dan mesra pengguna.

google-ara-io-2016-verge-DSC00653.0

google-ara-io-2016-verge-DSC00665.0

google-ara-io-2016-verge-DSC00668.0

google-ara-io-2016-verge-DSC00658.0

google-ara-io-2016-verge-DSC00663.0

google-atap-project-ara-2016-6.0

Sumber