Nokia nampaknya kembali lagi sebuah telefon terbaru iaitu Nokia 2.2 dengan penyertaan sistem operasi Android One. Pada model ini, Nokia memfokuskan kepada pengguna yang mahu mendapatkan telefon pintar mampu milik, berharga rendah namun masih menjalankannya dengan baik.

Dari segi spesifikasi, Nokia 2.2 disertakan dengan skrin 5.71-inci, processor MediaTek Helio A22, 2GB RAM. Ruang storan bagi model ini adalah 16GB manakala kapasiti baterinya adalah 3000mAh. Menariknya, model ini turut dilengkapi dengan butang fizikal Google Assistant.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1559822818_nokia_2_2-spec-sheet-black

Meskipun model ini hadir dengan harga yang rendah, Nokia turut memberi penekanan pada bahagia kamera dengan penyertaan AI photography. Kamera belakang model ini dilengkapi dengan lensa 13-megapixel manakala lensa hadapan adalah 5-megapixel. Berikut merupakan sampel gambar daripada model Nokia 2.2.

Nokia 2.2_Victor_4

Nokia 2.2_Victor_5

Nokia 2.2_Victor_1

Nokia 2.2 sedia ditawarkan bermula 28 Jun ini dengan harga serendah RM399. Berdasarkan spesifikasi dan kualiti yang ditawarkan, jelas mendapatkan Nokia 2.2 dengan harganya yang rendah merupakan pembelian yang berbaloi.