Umum tahu, hari ini telah berlangsungnya jualan 9.9 dimana pelbagai laman e-dagang telah menjalankan promosi dalam menawarkan deal terbaik buat para pelanggan.

Bermula daripada barangan makanan dan minuman seperti Milo sehinggalah kepada kereta semuanya kini ditawarkan secara meluas. Dalam pada itu, pada kali ini kami ingin membantu anda dalam mendapatkan telefon pintar di bawah RM1,500 yang sedang dalam promosi serta berbaloi untuk dimiliki.

1. realme 6i

Realme-6i-004

Sebut mengenai telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi yang berbaloi memang tidak sah jika tidak menyenaraikan telefon pintar keluaran realme.

Menyoal mengenai telefon pintar yang budget, sudah pastinya spesifikasi yang tinggi pastinya agak mustahil untuk didapatkan. Dalam pada itu, realme 6i berjaya menawarkan lebih daripada yang diperlukan menerusi penawaran processor Mediatek Helio G80, RAM 3GB serta ruang storan 64GB.

Hadir dengan skrin 6.5-inci beserta bateri berkapsiti 5,000mAh pastinya membuatkan anda tidak mempunyai masalah untuk menggunakan telefon pintar ini untuk seharian penggunaan.

IMG_9277
Sumber: Manila Shaker

Nak tahu apa yang lebih mengejutkan? Anda masih berpeluang mendapatkan telefon pintar dengan empat kamera belakang beserta sensor 48-megapixel menerusi realme 6i. Serius menarik!

Model yang menjadi pilihan kami adalah realme 6i. Baru sahaja dilancarkan pada tahun ini dengan harga RM699, model ini nampaknya semakin berbaloi dimiliki sempen jualan 9.9 dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM499 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan realme 6i.

2. Xiaomi Redmi Note 9

Redmi Note 9

Sebuah lagi jenama yang konsisten dalam mengeluarkan telefon pintar yang berbaloi dan mampu milik sudah pastinya Xiaomi Redmi Note 9. Menerusi model keluaran Xiaomi pada kali ini, jenama ini berjaya mengulangi skrip yang sama khsus buat mereka yang mahukan telefon pintar dengan ruang storan yang besar.

Sesuai dengan namanya, model ini hadir skrin bersaiz 6.53-inci FHD+. Xiaomi Redmi Note 9 dikuasakan oleh processor MediaTek Helio G85 serta dibantu dengan RAM 4GB. Menariknya, dengan harga harga yang mampu milik, para pengguna bakal menerima sebuah telefon pintar dengan ruang storan 128GB beserta ruang storan tambahan sehingga 512GB.

Screen Shot 2020-09-09 at 7.26.52 PM
Sumber: Firstpost

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi dengan empat kamera pada bahagian belakang serta kamera hadapan dengan sensor 13-megapixel. Dari segi kapasiti bateri, Xiaomi Redmi Note 9 dikuasakan oleh 5,020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Meskipun hadir dengan spesifikasi yang cukup baik, Xiaomi Redmi Note 9 kini sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM699 sahaja. Waranti 1 tahun daripada Xiaomi Malaysia antara yang ditawarkan. Selain itu, para pengguna bakal turut menerima hadiah menarik melalui pembelian di Shopee ini. Klik di sini untuk mendapatkan Xiaomi Redmi Note 9.

3. POCO X3

POCO-X3-NFC-review-12

Sejak mula dilancarkan, model keluaran POCO terus menjadi rebutan ramai. Mana tidaknya, jenama ini konsisten dalam menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi hebat beserta harga yang tidak masuk akal.

Pada kali ini, POCO kembali lagi dengan memperkenalkan model POCO X3. Mengulas mengenai spesifikasi, sememangnya spesifikasi yang ditawarkan tidak mampu ditandingi telefon pintar yang lain yang hadir dengan harga yang hampir sama.

POCO X3 dikuasakan oleh processor Snapdragon 732G dan hadir skrin 6.67 FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Model ini hadir dengan 6GB RAM dan 64/128GB ruang storan. Para pengguna juga turut berpeluang menambah storan tambahan sehingga 256GB.

poco-x3-teaser-angus-kai-ho-ng-twitter

Dari segi kamera, POCO X3 dikuasakan oleh kamera empat kamera belakang dimana kamera utama hadir dengan sensor 64-megapixel. Kamera hadapan POCO X3 pula dilengkapi dengan sensor 20-megapixel.

Menariknya mengenai model ini adalah POCO X3 dilengkapi dengan LiquidCool Technology 1.0 Plus yang membuatkan model ini lambat panas sewaktu digunakan untuk bermain game. Selain itu, POCO X3 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,160mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W.

Poco-X3-Cobalt-Blue

Poco-X3-shadow-grey

Menariknya, meskipun hadir dengan spesifikasi yang hebat seakan sebuah telefon pintar mid-range dengan harga yang jauh lebih tinggi, POCO X3 nampaknya hadir dengan tanda harga RM799 sahaja. Sangat berbaloi untuk dimiliki khususnya buat para gamer.

4. Xiaomi Mi 9

xiaomi-mi-9-review-18

Sekiranya anda mencari sebuah telefon pintar flagship dengan harga yang budget, Xiaomi Mi 9 adalah jawapannya. Mula dilancarkan pada tahun lalu, model ini dilihat masih lagi releven untuk digunakan dalam jangka masa panjang menerusi penawaran spesifikasinya yang hebat.

Mengulas mengenai spesifikasi, Xiaomi Mi 9 dilengkapi dengan skrin 6.39-inch 2340×1080 AMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 855. RAM dan ruang storan bagi model ini pula hadir dengan saiz 6GB dan 64GB.

Tidak hanya dilengkapi dengan spesifikasi yang menarik semata-mata, model ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan disertakan dengan pengecasan pantas 20W. Penyertaan pengimbas cap jari di atas skrin pastinya membuatkan model ini tampil lebih premium.

Xiaomi-Mi-9-Review-and-tests

Dari segi kamera, Xiaomi Mi 9 disertakan dengan sensor 48-megapixel pada bahagian utama kamera belakang serta ditambah dengan dua lensa zoom dan ultra lebar. Kamera hadapan model ini turut disertakan dengan sensor 20-megapixel.

Sekiranya spesifikasi adalah ukuran buat anda, mendapatkan Xiaomi Mi 9 dengan harga serendah RM1,099 merupakan pilihan yang berbaloi.

5. Huawei Nova 7 SE 5G

200701-huawei-nova-7-5G-malaysia-00

Sebut mengenai jenama Huawei pasti ramai sudah cukup mengenalinya. Menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi hebat dengan harga berbaloi untuk menjadi keutamaan buat jenama ini.

Pada tahun ini, Huawei menerusi siri Nova telah memperkenalkan Huawei Nova 7 SE 5G. Menariknya mengenai model ini selain daripada penyertaan processor Kirin 820, RAM 6GB dan ruang storan 64/128GB adalah penawaran rangkaian internet 5G.

Huawei_LIFESTYLE-IMAGE-140

Dalam erti kata lain, sekiranya anda sedang mencari telefon pintar yang mahu digunakan dalam jangka masa panjang serta tidak mahu berbelanja besar, Huawei Nova 7 SE 5G adalah jawapannya.

Oh ya, nak tahu apa yang lebih menarik, model ini turut dilengkapi dengan empat kamera belakang dengan sensor sehingga 64-megapixel beserta kamera hadapan 16-megapixel. Pasti tiada masalah untuk mengambil gambar pada jarak jauh mahupun pada waktu malam. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM1,349 sahaja. Serius berbaloi!

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone, pastikan anda ketahui dahulu 6 perkara wajib semak sebelum mendapatkannya.

6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone

GoPro Hero 9 Black Dijangka Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Resolusi 5K