Google terkenal dengan kepelbagaian kemudahan yang boleh digunakan sesiapa sahaja secara percuma. Terbaru, satu fungsi diperkenalkan yang membolehkan anda mengawal telefon Android melalui Google Search engine.

Anda kini boleh mencari kedudukan telefon, menelefon telefon, set alarm, share directions dan macam-macam lagi dengan percuma. Tidak seperti Appl*, setiap perkhidmatan mungkin dicas sekurang-kurangnya RM3 ringgit.

Balik kepada topik asal, sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan ini anda perlu sambungkan telefon dengan Google Search.

Step 1: Update Google app

Step 2: Buka Google Now

Buka Google app. Lihat paparan atas kiri, sentuh Menu icon > Settings > Now cards. On-kan fungsi Show cards dan Show notifications.

Step 3: Buka Web & App Activity

Singgah ke Account History page dan pastikan ia menyala (berwarna hijau)

Step 4: Sign in browser Google Chrome

Masuk ke dalam setting. Pastikan anda sign in menggunakan email yang sama seperti anda gunakan pada Google App.

Jika berjaya, anda boleh menggunakan beberapa fungsi baru seperti

1. FIND YOUR PHONE
Lakukan carian ‘find my phone’ di Google Search. Jika telefon anda mempunyai sambungan internet, anda boleh lihat kedudukan terkininya. Jika tiada sambungan internet, anda boleh set alarm dengan bunyi tinggi setiap 5 minit.

2. SEND YOURSELF DIRECTIONS
Setelah dapat kedudukan terkini telefon anda, lakukan carian alamat di google maps dan tekan Send directions kepada telefon anda.

3. SEND A NOTE TO YOUR PHONE
lakukan carian ‘send a note to my phone’ di Google Search. Satu paparan akan muncul, tulis nota dan tekan hantar. Anda akan menerima satu notifikasi nota tersebut di telefon Android anda.

4. SET AN ALARM
Lakukan carian ‘set an alarm’ di Google Search. Pilih masa alarm mula berbunyi, masa itu akan disambungkan terus ke Clock app anda.

Semoga artikel ini membantu anda. Kongsikan!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group