Diperkenalkan pada CES 2015, LG G FLEX 2 merupakan telefon pintar pertama menggunakan cip pemprosesan keluaran terbaru Qualcomm’s snapdragon 810. Dikatakan cip pemprosesan ini bakal meletakkan LG G FLEX 2 telefon pintar terpantas di dunia.

LG G FLEX 2 hadir dengan paparan skrin melengkung 5.5-inci Full HD OLED, cip pemprosesan lapan-teras Snapdragon 810, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan Optical Image Stabilisation dan Laser Auto Focus manakala kamera hadapan 2.1-megapixel, kapasiti bateri 3,000mAh, simpanan dalaman 16GB dimana boleh diperluaskan melalui mikro-SD dan menggunakan sistem operasi Android 5.0.1 Lollipop.

LG G FLEX 2 akan dijual melalui pengedar DirectD dengan harga seunit RM 2999 sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=lqdGYycVtRM

Rujukan : Soyacincau