Sudah menjadi lumrah sejak mula model iPhone dilancarkan, pasti ada sahaja model-model daripada jenama lain yang akan berusaha keras untuk bukan sahaja meniru teknologi iPhone, malah tampil dengan rekaan yang hampir sama.

Melihat kepada trend telefon pintar semasa, kami berpendapat trend ini sudah tamat dimana kebanyakan jenama telefon pintar sudah mulai tampil dengan identiti tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Telahan kami salah setelah mengetahui masih wujudnya telefon pintar klon. Mungkin kerana ‘diinspirasikan’ daripada iPhone 11 Pro, model ini merupakan cubaan paling dekat model ini untuk meniru rekaan iPhone 11 Pro beserta rekaan susunan kamera pada bahagian belakang.

e350fccfdc9e4972a7e3cbec7f394bf0

Dari segi saiz, telefon pintar inidilengkapi dengan saiz skrin 6.1-inci mirip iPhone 11. Sokongan pengimbas muka seperti FaceID turut disokong model ini. Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan RAM 4GB, ruang storan 32GB dan bateri 2,000 mAh. Kamera pada bahagian hadapan dan belakang masing-masing hadir dengan sensor 8-megapixel.

Di sebalik rekaan dan spesfikasi yang ditawarkan, tanpa mengejutkan ramai model ini ternyata hadir dengan harga yang rendah dan jauh lebih murah berbanding iPhone 11 Pro.

Difahamkan model ini merupakan model klon daripada Lenovo dan bukanlah daripada jenama rasmi Lenovo. Walau bagaimanapun dengan harga serendah RM230, model ini dilihat berbaloi untuk dicuba.

31d3b6c93a6c46e5b44a3ea9698f622f
Turut hadir dengan warna ikonik Huawei

Buat anda yang berminat untuk mencubanya agar tampil ‘bergaya’ bagai memakai iPhone 11 Pro, model ini antara yang boleh anda dapatkan dengan harga serendah RM230 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkannya.

ConceptsiPhone baru-baru ini telah mengongsikan rekaan konsep iPhone 12 yang bakal dilancarkan tahun ini dan berjaya membuatkan orang ramai teruja. Turut dikongsikan, rekaan iPhone 9 yang bakal dilancarkan pada Mac ini.

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Ini Mungkin Rekaan iPhone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000