Telefon pintar siri Nexus merupakan kolaborasi diantara Google dengan pengeluar telefon pintar. Siri ini bermula pada tahun 2010 dimana Google mengeluarkan model pertama mereka iaitu Google Nexus One. Siri ini disambung dengan bekerjasama dengan Samsung, LG, Motorola dan Huawei.

Berdasarkan beberapa laporan, LG yang sudah bekerjasama sejak model LG Nexus 4 sehingga yang terbaru iaitu LG Nexus 5X tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan Google Nexus. Hal ini berikutan kerana LG mahu memfokuskan kepada telefon pintar keluaran mereka sahaja.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

AH-HTC-Nexus-One-2

Terdapat ura-ura yang mengatakan HTC akan bekerjasama dengan Google Nexus selepas ini dan akan mengikat kontrak sepanjang 3 tahun. Kolaborasi diantara HTC dan Google Nexus bukanlah sesuatu yang baru memandangkan kedua-dua syarikat ini pernah bekerjasama untuk telefon pintar Google Nexus One.

Kami dapati ini langkah bijak yang diambil oleh Google Nexus memandangkan HTC sentiasa menepati ciri-ciri premium dan keselasaan buat pengguna.Fungsi 3D Touch bakal digunakan pada telefon pintar keluaran mereka pada kali ini.

Dari segi prestasi, kami pasti HTC dapat menyediakan yang spesifikasi yang terbaru untuk memudahkan proses multitasking yang terbaik. Penggunaan ROM stock android pada HTC sudah terbukti sangat baik sepertimana projek HTC One M8 Google Edition sebelum ini.

Anda Mungkin Suka