Sejak mula Xiaomi mengumumkan pelancaran model terbaru mereka iaitu Mi 10T Pro, orang ramai khususnya para peminat Xiaomi dilihat seakan teruja menantikannya. Mana tidaknya, penawaran spesifikasinya yang serba lengkap membuatkan orang tidak sabar untuk mendapatkannya.

Tidak hanya hadir dengan skrin yang penuh pada bahagian hadapan dengan saiz skrin 6.67-inci, model ini turut ditawarkan dengan refresh rate sehingga 144Hz. Para pengguna juga berpeluang mengubah tatapan refresh rate skrin kepada 60Hz dan 90Hz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

xiaomi-mi-10t-pro-top

Mengulas dari segi spesfikasi, Xiaomi Mi10T Pro hadir dengan processor Snapdragon 865 dan turut dilengkapi bersama RAM 8GB dan 128GB ruang storan. Penawaran kamera sehingga 108-megapixel pastinya sudah lebih daripada cukup buat sebahagian besar pengguna dalma mendapatkan gambar yang baik di setiap foto yang diambil.

Xiaomi sekali lagi membuat kejutan sewaktu pelancaran dimana model ini berjaya ditawarkan pada harga dibawah RM2,000 iaitu dengan harga penawaran serendah RM1,999 sahaja. Sebuah harga yang tidak masuk akal pada pendapat kami berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Mi10Tseries

Xiaomi-MI10T-Pro-TV-950×536

Lebih menarik, model yang mulai ditawarkan di Lazada bermula 9 Oktober bermula jam 12 tengah malam ini sedia menawarkan hadiah yang menarik buat para pengguna. 500 pembeli terawal berpeluang menerima Mi LED TV 4S bersaiz 55-inci. Buat anda yang terlepas peluang mendapatkan TV, Xiaomi turut menawarkan 650 unit Mi True Wireless Earphones 2 Basic buat para pembeli. Menarik bukan?

Sekiranya anda mahupun telefon pintar yang serba lengkap serta tidak mahu berbelanja besar serta mahu mendapatkan TV bersaiz 55-inci untuk kegunaan di rumah anda, promosi ini sememangnya buat anda. Klik di sini untuk mendapatkannya.

Sebelum ini Xiaomi pernah menawarkan pemotong rambut dengan harga serendah RM20. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pemotong Rambut Xiaomi Kini Boleh Didapatkan Dengan Harga Serendah RM20

Xiaomi Mi TV LUX OLED, Televisyen Pertama Dunia Dengan Tawaran Skrin Lutsinar