Nampaknya masalah letupan pada telefon pintar Samsung berulang kali selepas diam hampir dua tahun. Jika model yang meletup sebelum ini merupakan model Note 7, pada kali ini model terbaru yang mengalami masalah yang sama adalah Note 9.

Difahamkan kes ini berlaku di New York dimana letupan berlaku di dalam beg tangan wanita sekaligus mengakibatkan kebakaran. Mengulas mengenai kejadian sebelum berlaku, mangsa Diane Chung mengatakan Note 9 beliau terasa begitu panas sebelum beliau dapat menghidu bau seakan hangit pada beg tangannya. Kes ini telahpun dibawa ke mahkamah untuk siasatan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
samsung-galaxy-note-9-use-1161
Sumber: CNET

Untuk pengetahuan anda, Samsung sentiasa menitikberatkan soal keselamatan pengguna. Setakat ini, pihak Samsung secara rasmi dilaporkan masih belum menerima laporan mengenai masalah letupan yang berlaku ini. Walaubagaimanapun, pihak Samsung dikatakan akan terus mengkaji masalah yang berlaku.

Melihat kepada teknologi terbaru Samsung, agak menghairankan model terbaru ini masih lagi mengalami masalah yang sama selepas beberapa ujian melibatkan bateri dibuat oleh pihak syarikat.

Malah, syarikat ini turut mengatakan bateri Samsung Galaxy Note 9 dipasangkan dengan penuh ciri keselamatan serta bebas daripada masalah letupan. Sama-sama kita nantikan keputusan lanjut daripada mahkamah sama ada hanya sebuah model ini mengalami masalah atau banyak lagi unit bakal mengalami nasib yang sama.

galaxy-note-9-hands-on-blue-back-yellow-s-pen-close

Berdasarkan insiden yang berlaku, diharap pengguna Samsung Galaxy Note 9 untuk lebih berhati-hati agar masalah yang sama tidak berulang.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group. Jumpa anda di sana!