Sekiranya anda pernah menggunakan telefon pintar Huawei, kami yakin anda cukup tahu dimana setiap model mereka hadir dengan beberapa aplikasi terbina termasuk Facebook.

Terbaru, Facebook dilaporkan hilang akses untuk menyertakan aplikasi mereka pada telefon pintar Huawei. Difahamkan perkara ini berlaku disebabkan perang dagang yang berlaku diantara Amerika Syarikat dan Huawei.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →
IMG_20190607_092026

Sumber: venturebeat

Walaubagaimanapun, para pengguna tidak perlu panik kerana masih berpeluang mendapatkannya tanpa sebarang masalah melalui muat turun melalui Google Play Store disemua peranti Huawei. Selain itu, kemaskini bagi aplikasi ini masih lagi ditawarkan seperti biasa. Dua aplikasi lain iaitu Twitter dan Booking yang turut tersedia pada telefon pintar Huawei masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas setakat ini.

Huawei kini sedang dalam proses bagi menfailkan usul di mahkamah berikutan syarikat mereka yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat. Syarikat ini turut mempersiapkan pelan lain sekiranya Amerika Syarikat meneruskan perang dagang terhadap mereka.

Anda Mungkin Suka