Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Telegram merupakan salah satu platform pemesejan yang sentiasa memperbaharui ciri-ciri menarik padanya. Hal ini agar boleh boleh mempelbagaikan pendapatan platform tersebut dengan ciri berbayar yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan:

Telegram kini dilaporkan sedang menguji satu ciri baharu yang mana memperlihatkan sebuah perkongsian yang dikaburkan dan pengguna perlu membayar sebelum dapat mengaksesnya. Ciri ini membolehkan sesuatu perkongsian eksklusif disebalik bayaran.

Sumber Gambar: Twitter

Ini sekaligus membolehkan pemilik konten menjana pendapatan tambahan dalam masa yang sama boleh menarik minat pengguna baharu ke platform tersebut. Namun begitu, pihak Telegram tidak menawarkan ciri ini pada platform iOS kerana pihak Apple ingin mengambil potongan sebanyak 30% daripada setiap transaksi.