Jika sebelum ini Telekom Malaysia pernah mengumumkan rancangan untuk menawarkan internet yang lebih pantas, kini dilihat telah mula memulakan pendaftaran bagi pakej Unifi 300Mbps.

Pakej yang ditawarkan hadir dengan langganan RM199 sebulan serta hadir dengan kontrak selama 24 bulan. Dari kelajuan, para penguna bakal menikmati kelajuan sehingga 300Mbps serta kepantasan muatnaik pada kadar 50Mbps. Penawaran internet pantas ini tertakluk kepada beberapa kawasan terpilih yang menyokongnya sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TMR_2641

Melihat kepada peningkatan kelajuan oleh beberapa syarikat lain, kemungkinan akan dapat lihat penawaran internet menjangkau 500Mbps dan 800Mbps bakal ditawarkan TM pada masa akan datang.

Sumber