Sebut mengenai founder di Malaysia, pastinya ramai yang membayangkan kehidupan para pengasas ini yang kaya raya seperti mana yang dipamerkan di media sosial. Memiliki rumah yang besar beserta kereta mewah sudah menjadi kemestian buat kelompok ini.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini di TikTok @halizamaysuri selaku pengasas Bawal Exclusive di mana beliau mengambil pendekatan berbeza dengan berkongsi telekung beliau bernilai RM16,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian video pendek, beliau memaklumkan telekung bernilai RM16,000 digunakan untuk berjumpa Allah sekaligus menghilangkan rasa bersalah memakai beg berharga belasan ribu untuk berjumpa rakan-rakan.

@halizamaysuri

Semuanya Allah yang bagi 💚

♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Perkongsian founder ini walau bagaimanapun telah menimbulkan perbincangan dan pertikaian di kalangan netizen yang memaklumkan analogi yang digunakan adalah tidak tepat. Tidak kurang juga mencadangkan agar wang tersebut dibelanjakan bagi kegunaan para asnaf.

Sumber: tiktok @halizamysuri

Haliza Maysuri selaku pengasas syarikat Bawal Exclusive sebelum ini pernah menjadi bualan netizen selepas berjaya menjual sebuah tudung bawal keluaran syarikatnya dengan harga mencecah RM33,000. Memiliki jumlah peminat yang ramai membuatkan jenama ini kekal releven meskipun sudah mencecah 23 tahun penubuhan.

Tular pada minggu lalu apabila dilaporkan lebih 280,000 rakyat Malaysia disahkan bankrap setakat 2022 ekoran bebanan hutang.

Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022

Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Panik Dan Jual Hidangan KFC Mencecah RM3.8 Juta