Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kombinasi nasi putih, kicap bersama telur goreng mata bukanlah satu menu yang asing bagi kita semua. Bukan sahaja mudah disediakan tetapi ia juga sangat sedap serta menyelerakan, betul bukan?

Mungkin bagi sesetengah rakyat di negara kita menganggap ia ini hanyalah menu yang biasa-biasa sahaja, bak kata orang ‘menu bajet hujung bulan’. Namun, siapa sangka, menu yang simple ini nampaknya sangat special dan menjadi kegemaran bagi penduduk di sekitar Pontianak, Indonesia.

Bermula daripada satu video review makanan yang pernah dimuat naik oleh YouTuber Indonesia, Nex Carlos, siapa sangka, Restoran Ayong 999 yang terletak di Pontianak, Kalimantan Barat ini pernah tular dan berjaya menerima ramai kunjungan pelanggan gara-gara kesedapan nasi telur goreng kicap atau Nasi Telur Pontianak yang dianggap menu special di restoran ini.

Restoran ini sudah bertapak selama 25 tahun dan ia dibuka pada pertengahan tahun 1996. Namun, ia mula popular sejak 2 tahun lalu setelah orang ramai mula menyedari akan kesedapan menu nasi telur goreng kicap di restoran ini yang cuma berharga 6,000 rupiah (~RM1.70).

“Apa yang special sangat yang ada pada menu ini?” soalan yang sering ditanya oleh rata-rata pelanggan yang datang ke restoran ini untuk mencuba Nasi Telur Pontianak.

Istimewanya menu ini terletak pada rasa kesedapan kicap yang diubahsuai oleh pemilik restoran tersebut. Disebabkan agak mustahil untuk kita ke Restoran Ayong 999 untuk cuba menu khas ini, anda juga boleh cuba buat sendiri untuk mengetahui bagaimana rasa Nasi Telur Pontianak ini.

Serius resipinya amat simple dan segala bahan sememangnya senang dicari di dapur anda. Sudah bersedia? Jom kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Telur (digoreng style telur mata kerbau)

– Nasi (mengikut saiz hidangan anda)

– 6 ulas bawang putih (dikisar kasar)

– 2 sudu makan kicap masin (mengikut kemahuan)

– 6 sudu makan kicap manis

– 1/4 sudu teh Lada sulah (secukup rasa)

– Minyak

Cara-cara membuat kicap bawang putih:

  1. Kisarkan bawang putih. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga menjadi perang-keperangan. Angkat bawang putih lalu asingkan ke dalam mangkuk.
  2. Dalam mangkuk yang sama, masukkan bahan seperti kicap masin, kicap manis dan lada sulah mengikut sukatan. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata dan ketepikan.

Cara-cara hidangan:

  1. Panaskan sisa minyak goreng bawang putih dan gorengkan sebiji telur mata. Apabila telur hampir masak, tuangkan satu sudu makan kicap bawang putih ke atas telur.
  2. Biarkan telur masak seketika bersama kicap. Kemudian siap dan enak dimakan bersama nasi panas.

Mudah sahaja untuk memasak Nasi Telur Pontianak ini. Bukan sahaja boleh berjimat, bahkan anda juga dapat menikmati hidangan yang sangat enak bersama keluarga. Bagi yang bujang, kami sarankan anda untuk cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resipi yang menarik, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.

Jimat Dan Mudah, Ini Resipi Ayam Ala Kenny Roger Yang Sedap Untuk Anda Cuba

Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Jadi Kegilaan Netizen, Ini Resipi Mudah Dan Sedap ‘Korean Garlic Cheese Bread’ Untuk Anda Cuba

Anda Mungkin Suka