Sepasang suami isteri yang baru mengadakan majlis perkahwinan telah memilih tema Hello Kitty dengan sentuhan butik andaman pengantin di Tawau, Sabah iaitu Butik Hati Ke Hati.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun, pihak butik dipertanggungjawabkan merealisasikan impian pengantin yang mahu cipta satu kelainan pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka, Butik Hati Ke Hati yang diasaskan oleh Puan Nurhayati Abd Latif perlu bijak mencari design yang bersesuaian dan cuba beri sedikit tips kepada bakal mempelai pada waktu mereka menyatakan impian tersebut memandangkan tema ini sedikit mencabar.

Puan Norhayati terus melakar idea di depan mereka agar idea dekorasi yang dirangka ini bersesuaian dengan tema majlis sanding yang diimpikan. Jika tersilap ia boleh menyebabkan majlis jadi kacau-bilau.

Seminggu sebelum majlis berlangsung, sekali lagi Puan Norhayati menaiktaraf rekabentuk agar dapat memberikan yang terbaik sehingga pelanggan terkejut melihat hasil akhir dekorasi pelamin ini.

Ini antara gambar-gambar di majlis perkahwinan mempelai tersebut yang menggunakan tema Hello Kitty. Memang cantik sampai tak perasan ia dibuat dibawah khemah.

Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz
Gambar: Irvan Aziz

Menurut Puan Norhayati, dekorasi dan pelamin tema Hello Kitty ini dibuat oleh 7 tenaga kerja butik di bawah kanopi dan mereka mengambil masa 6 hingga 7 jam bagi menyiapkannya.