Beberapa tahun kebelakangan ini sering kita lihat kemasukan pelancong asing ke negara ini. Tidak kira untuk tujuan riadah dan rekreasi atau melacong semata-mata. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Airbnb, pelancong lebih memilih untuk merasai sendiri kehidupan di bandar yang dilawati.

Beberapa buah bandar menunjukkan pertambahan bilangan pelancong sehingga 3 kali ganda daripada tempoh yang sama tahun lepas seperti Sibu di Sarawak dan Semporna di Sabah. Manakala bandar yang menunjukkan peningkatan tempahan sebanyak 2 kali ganda pula ialah Alor Setar dan Tanjung Tokong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Airbnb-Malaysia

Setakat ini sebanyak 3 juta pengunjung menggunakan perkhidmatan Airbnb di Malaysia. Perayaan terbesar, Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini juga menjadi pemacu kepada peningkatan tempahan Airbnb menjadikan hasil pendapatan setakat ini sebanyak RM27,600,000.