Pertengahan bulan Oktober lalu, Honda Malaysia telah memuat naik video teaser pendek model Honda City Hatchback 2022 yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Ternyata video itu membuatkan netizen tidak sabar untuk tahu lebih lanjut spesifikasi model tersebut.

Terbaharu, Honda Malaysia telah memuat naik video iklan komersial pertama model hatchback tersebut lengkap dengan spesifikasi yang ditawarkan kepada pasaran Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pasaran tempatan, Honda City Hatchback 2022 yang menggantikan model Honda Jazz ini hadir dengan dua pilihan trenkuasa iaitu standard petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC dan e:HEV i-MMD Hibrid.

Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

Model i-VTEC DOHC 1.5 liter menghasilkan 119hp dan 145Nm tork, manakala RS e:HEV pula mempunyai sistem hibrid i-MMD yang menghasilkan 107hp dan 253Nm tork.

Sama seperti model ‘City sedan’, hanya varian e:HEV mempunyai trim Road Sailing (RS) yang lebih sporty. Ia mempunyai honeycomb mesh berwarna hitam, gril hadapan hitam berkilat, kemasan corak carbon fibre pada bahagian front lip, penutup cermin sisi dan spoiler pada bahagian belakang hatchback ini.

Manakala untuk Honda City Hatchback 2022 ‘V Spec’ pula, ia hadir dengan gril berwarna krom, roda aloi multi-spoke dan tanpa sebarang aksesori kit tambahan sporty seperti yang ditawarkan pada varian ‘e:HEV RS’.

Antara persamaan yang dikongsikan oleh kedua-dua varian ‘RS dan V Spec’ ialah menggunakan lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, lampu taillight LED dan roda bersaiz 16-inci.

Sumber Gambar: Laman Web Honda Malaysia

Walaupun model ini bersaiz kompak, namun ia mempunyai ruangan tempat duduk yang luas sama seperti pada model Honda Jazz sebelum ini. Tempat duduk belakang boleh dilipat sepenuhnya atau diterbalikkan ke atas untuk mendapatkan ruangan ‘tambahan’ dalam kereta tersebut.

Antara fungsi lain yang ditawarkan pada Honda City Hatchback 2022 ini, teknlogi Honda LaneWatch, Honda Sensing,  pengudaraan penghawa dingin tempat duduk belakang, brek parkir elektrik, remote engine start dan climate pre-conditioning.

“Ini adalah kali pertama Honda menawarkan model City dalam jenis badan hatchback. Hatchback terkenal dengan reka bentuk sporty dan menarik dalam saiz yang kompak, yang turut memberikan gambaran kereta yang mudah dipandu ke mana-mana.

“Ciri praktikal dan serba boleh pertama dalam kelasnya ini membolehkan tempat duduk belakang dilipat rata atau diterbalikkan ke atas dalam empat mod konfigurasi – utiliti, panjang, tinggi dan refresh – untuk memenuhi keperluan ruang storan yang berbeza dengan memaksimumkan ruang belakang secara kreatif semasa mengangkut barang,” ujar Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.

Pelancaran Honda City Hatchback 2022 dijangka akan berlangsung pada sekitar tahun ini tidak lama lagi. Sementara itu, anda boleh dapatkan info lanjut atau membuat tempahan model ini dengan mengunjungi bilik pameran dan jualan Honda di seluruh negara atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.

Tular gambar pekerja kilang Honda bersama model Jazz terakhir dibuat di Malaysia pada bulan Oktober lalu untuk memberikan laluan kepada Honda City Hatchback. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia

Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback