Sudah sekian lama orang ramai menunggu bilakah Perodua akan ‘bercerita’ lebih lagi mengenai model SUV baru mereka yang lebih dikenali sebagai Perodua D55L, hari ini Perodua telah mengumumkan tempahan untuk kereta SUV tersebut telah dibuka.

Antara info terkini mengenai kereta SUV yang telah pihak Perodua kongsikan ialah model D55L ditawarkan dalam tiga pilihan varian dengan pelbagai pilihan warna.

vocket-perodua-d55l-sudah-boleh-ditempah-2
Sumber Gambar: Funtasticko.net
vocket-perodua-d55l-sudah-boleh-ditempah-3
Sumber Gambar: Funtasticko.net

Difahamkan setiap varian akan hadir dengan warna berbeza yang telah dikategorikan seperti berikut:

  1. Ativa 1.0 X Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
  2. Ativa 1.0 H Turbo CVT Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
  3. Ativa 1.0 AV Turbo CVT – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)
vocket-perodua-d55l-sudah-boleh-ditempah-4
Sumber Gambar: Carscoop

Antara ciri utama yang akan menjadi tumpuan pada SUV ini nanti ialah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA). Sistem ASA yang digunakan lebih canggih dan terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi dan mampu mengesan kenderaan dua roda. Sistem ini digunakan pada semua varian yang ditawarkan.

“Perodua D55L model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad kepada Berita Harian.

vocket-perodua-d55l-sudah-boleh-ditempah-1

Harga yang pihak Perodua tawarkan bermula dari RM62,500—RM74,300 (tidak termasuk kos-kos yang lain). Aksesori Gear Up juga boleh ditambah untuk menampakkan lagi rupa ‘eksklusif’ pada SUV ini nanti.

Model SUV baru Perodua ini akan menjadi pengganti kepada Perodua Kembara dan Perodua Nautica yang pernah berada di pasaran Malaysia satu masa dahulu. Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah ‘nama rasmi’ yang bakal Perodua gunakan dan bilakah pelancaran rasmi akan dibuat.

Tetapi apa yang pasti, bermula hari ini Proton sudah ada pesaing di dalam segmen SUV buatan tempatan. Anda boleh baca pengumuman penuh Perodua di sini.

Baca lagi artikel-artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Perodua Yakin Capai Sasaran Jualan 240,000 Unit Kereta Pada 2021

Proton Lancar 4 Model Edisi Terhad, Harga Bermula RM42,300