Jika beberapa minggu lalu Proton Saga 2019 selaku kereta dengan penawaran terendah dilancarkan, nampaknya kita akan dapat lihat Perodua Axia 2019 pula bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.

Menerusi kemaskini terbaru ini, Perodua masih belum memperlihatkan rekabentuk rasmi Perodua Axia 2019 walau bagaimanapun difahamkan rekaan terbaru ini bakal hadir dengan rekabentuk seakan SUV kompak.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Perodua-Axia_Teaser_Malaysia_2019

Sebanyak enam variasi ditawarkan buat Perodua Axia 2019 merangkumi spesifikasi E,G, GXtra, Style, SE dan AV dimana model dengan spesifikasi terendah ditawarkan dengan harga RM24,090. Perodua mengesahkan penggunaan enjin 1.0 liter tiga-slinder yang bakal dipadankan bersama tranmisi lima kelajuan manual dan transmisi empat kelajuan automatik.

Enjin 1KR-VE VVT-i ini direkodkan dengan kelajuan 67 kuasa kuda dan 91 Nm tork dengan penggunaan bahan api 22.5km/l untuk manual dan 21.6km/l untuk automatik.

Selain daripada rekaannya, Perodua dilihat turut mempertingkatkan aspek keselamatan dengan penyertaan Vehicle Stability Control (VSC) serta Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 bagi model Axia Advance.

69352113_2172655909529431_3288220326093127680_o

Setakat ini, pihak Perodua telahpun membuka tempahan bagi Perodua 2019 melalui pengedaran brochure harga dan bayangan model ini. Berikut merupakan harga on-the-road bagi kesemua variasi Perodua Axia 2019.

Axia E: RM 24, 090
Axia G: RM 33, 490
Axia GXtra: RM 34,990
Axia STYLE: RM 38, 890
Axia SE: RM 38, 890
Axia AV:RM 43,190

Anda Mungkin Suka