Syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, Top Glove Corp minggu ini semakin hampir untuk menduduki tempat di lima saham teratas dalam bursa.

Top Glove yang memulakan tahun ini di kedudukan ke-24 dilaporkan semakin hampir mengatasi Axiata Group Bhd yang berada di kedudukan kelima dengan 4.1% daripada 30 saham indeks penanda aras setakat akhir tahun 2019.

Top Glove telah mencatatkan rekod 49% dalam lima hari menjadi RM10.58, setelah broker menaikkan anggaran bahagian mereka hingga setinggi RM13.30, lapor data yang disusun oleh Bloomberg.

1240x-1
Bloomberg

Top Glove yang memiliki dan mengendalikan 44 kemudahan pembuatan di Malaysia, Thailand, dan China turut melaporkan bahawa mereka telah mengunci pesanan penjualan hingga April tahun 2021, di mana kesan daripada wabak COVID-19 telah mendorong kepada permintaan tinggi.

Selain Top Glove, syarikat pembuat sarung tangan lain turut merasa kesan pandemik COVID-19 dengan mencatat lonjakan. Hartalega Holdings Bhd telah meningkat 27% minggu ini sementara Kossan Rubber Industries Bhd naik 34%.

Di kedudukan teratas, ia masih dipegang oleh  Public Bank Bhd, diikuti oleh Tenaga Nasional Bhd, Malayan Banking Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd.

Berikut adalah laporan lain untuk anda, klik pautan di bawah untuk membaca.

Perlekeh Kualiti ‘Gloves’ Buatan Malaysia, Netizen Sekolahkan Warga British Yang Berlagak

Akibat Kekurangan Bekalan, Amerika Syarikat Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia